Tuesday 9 September 2014

Sekadar Rintihan..



Sunyi.. sepi.. kosong..

sungguh.. terasa aku semakin menjauhi..
semakin leka dengan duniawi..
apakah kerana aku kini sudah kurang mendekatinya..
kenapa boleh aku biarkan semuanya berlaku??

kau.. dirimu sendiri tak mampu kau kawal..
siapa lagi yang boleh kawal kalau diri sendiri pun tak mampu kau disiplinkan..

dan bila kau sedar akan dirimu yang semakin menjauh,,,'
kenapa kau masih lagi tak mengambil iktibar??

tunggu masa yang sesuai yang entah akan ada atau tidak??
apa kau ingat masa tu tunggu kau??

kau tahu kau semakin sesat.. 
kau tahu keadaan dirimu lebih baik dari orang lain..
tapi kenapa.. tak ada usaha..
kau tahu yang mana baik dan buruk...
kau tahu dosa dan pahala..
semakin kau tahu ilmu.. kenapa kau semakin menjauh..
dan bukannya mendekati..

tidak takut kah kau? 
takut.. tapi kenapa tiada perubahan yang kau lakukan..
itu namanya belum cukup takut....

dirimu sudah terlalu dewasa untuk berjalan diatas jalan yang benar..
dirimu tahu jalan mana yang seharusnya kau pilih..
aku memohon agar kau berubah.. 
berubahlah..
semua untuk dirimu.. 
bukan untuk orang lain..

Ya Allah.. berikanlah kami hidayahmu.. 
tunjukkan lah kami jalan yg lurus..
janganlah kau pesongkan kami dariMu..

amin..

Tuesday 29 April 2014

Assalamualaikum Awak Part 3



"Awak nak balik esok?"Terkejut mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh sarah.

Petang itu dia mengajak ku ke pantai tempat pertemuan pertama kami. Senyuman yang diberikan olehnya kelihatan pudar. Rambutnya yang panjang lepas ke bahu beralun mengikut rentak tiupan angin. Lembut. Dia mengalihkan pandangannya kepadaku yang hanya kaku melihatnya.

"Ya, saya kena balik. Kalau tak, kawan saya nak datang jemput saya. Tak pasal-pasal nak susahkan dia pulak. Cukuplah saya susahkan keluarga awak."Sambungnya di ikuti gelak kecil dihujungnya. Sesekali pasir di hadapannya dikuis.

Aku tak tahu macam mana nak tafsirkan perasaanku ketika itu. Jauh disudut hati ada rasa sedih. Tapi kenapa? Perempuan ini tidak langsung kena mengena denganku. Perkenalan kami pun baru 5 hari. Mungkin semua itu perkara yang biasa terjadi bila perpisahan berlaku. Aku hanya mengabaikan sahaja perasaan yang hadir.

"Ibu tak pernah rasa kehadiran awak menyusahkan pun."Balasku menafikan apa yang dikatakan oleh sarah.

"Allah sangat baik kat saya kan. Dia pertemukan saya dengan awak, keluarga awak yang terima saya tanpa banyak soal.Sudi tumpangkan saya kat rumah awak, makan minum, kasih sayang seorang ibu yang akan saya rindukan.. Kalau tak, saya tak tahu apa jadi kat saya.. " Ada sebak dalam tutur katanya.

Ah.. Perempuan ini menangis pula. Akibat tidak tahu nak balas apa, aku hanya memerhati dia yang sesekali menyapu air mata dipipinya. Lama. Bila menyedari yang aku asyik merenungnya, laju dia sembunyi muka. Malu dengan keadaan dirinya. Sempat juga dia mengintai dari celah jari. Perempuan ini buat lawak la pulak. Perbuatannya mengundang senyuman dibibirku.

"Saya doakan awak tabah menghadapi dugaan yang Allah berikan pada awak.  Tanda Allah sayang akan umat Nya adalah dengan ujian yang diberikanNya. Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia,  tiap-tiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi." Sarah ku lihat tekun mendengar. Kepalanya turut mengangguk mendengar kata-kata nasihat dariku.

"Terima kasih awak." ucapnya bersama senyuman manis melihatku, matanya tetap jua berkaca.

"Kasihnya diterima." ku balas senyumannya. Sarah ku lihat sudah mula berlalu ke gigi pantai. Bermain dengan ombak yang datang dan pergi. Buat terakhir kali.

'Ya Allah, kuatkan lah hati hambamu ini dalam menghadapi segala dugaanmu. Lindungilah dia dalam perjalanan hidupnya.Sesungguhnya kami hanyalah insan yang kerdil lagi hina.'


Dia bagaikan ombak yang tiba..
Datangnya bersama duka..
Cuba mengubati luka yang sarat di dada..
Mencari secebis kekuatan untuk bangkit semula..


*******

5 bulan berlalu...

Kain selendang yang terhampar di atas katil di ambil. Lantas dengan pantas dia mengenakan kain selendang tersebut dikepalanya. Setelah berpuas hati, beg tangan dan kunci kereta yang turut berada di atas katil dicapai dan kemudian langkah kaki di hala keluar dari bilik dan seterusnya keluar dari rumah.

Seketika keindahan alam pagi itu yang cerah di nikmatinya. Hatinya kini boleh bertenang atas apa yang dilaluinya 5 bulan yang lalu.. Sungguh dia rindukan kasih sayang ibu yang telah membuangnya. 5 bulan juga la dia langsung tidak mendengar kabar berita tentang ibu dan abah. Nekad sungguh hati abah dan ibu untuk membuang dia dari hidup mereka.

Nasib baik dia sudah biasa hidup berdikari. Untuk menyara hidupnya dia sendiri sudah lama tidak menggunakan duit yang abah masukkan dalam akaunnya dan hanya menggunakan duit gaji yang diperoleh tiap-tiap bulan.


"Oh mak kau terpelanting.." Latahan yang keluar dari mulut Zarina mengalihkan perhatian ku kepadanya yang terkial2 memakai kasut tinggi di belakang. Nampaknya dia baru saja terduduk mungkin gara-gara terjatuh ketika berdiri sebelah kaki yang sudah pun memakai kasut 6 inci itu. Bibirnya sarah automatik menarik senyuman nipis.  "Ni kita nak pergi mana ni?" soalnya saat dia berdiri disebelahku.

"Ikut aja lah.." saja aku tidak mahu memberitahu tempat yang akan kami tuju. Entah semalam tiba-tiba saja aku bermimpikan ibu adam yang sedang memanggil-manggil namaku. Bila saja tersedar dari tidur, azan subuh berkumandang. terus tergerak hatinya untuk melawat keluarga adam kerana kebetulan hari tu merupakan hari sabtu. dia dan zarina cuti hari tu.  memandangkan tidak ada langsung perancangan yang hendak dibuat hari tersebut, apa salahnya pergi melawat mereka.

Perjalanan yang mengambil masa 2 jam benar-benar menyesakkan hati Zarina. Berkali-kali juga mulut itu bertanya akan arah tujuan perjalanan mereka. Sengaja aku rahsiahkan kerana geli hati melihat muka cemberut dari Zarina. Muka yang penuh dengan persoalan. Apa tidaknya, tidak pernah sekali pun dalam hidupnya aku dan dia melalui jalan tersebut. Sudahla mengambil masa berjam-jam. Tambah panik dibuatnya.

"Beb.. Kita nak pergi mana ni..? Bole tak bagi aku hint ke apa ke..? Aku bukak pintu keluar dari kereta ni satgi kot" Ugut Zarina dengan muka masam dia. Tangannya sudah pun bersedia nak buka pintu kereta yang masa ini aku tengah pandu dengan kelajuan 120km/jam..

"Waittt... hahaha kau ni.. Sabar ja la aku.. ada ke ugut bff sendiri.. kensel title bff la macam ni.." Ketawa ku terhambur bila melihat Zarina sudah menghempaskan badannya ke kerusi sambil berpeluk tubuh. Rengusan kasar kedengaran manakala muka Zarina pula, tidak perlu ku ceritakan mimik mukanya yang penuh kerut seribu.

"Mana tak sabar, ni aku dah tanya nak dekat 1001 kali dah. Ko jawab dengan senyuman yang konon menawan dan ayu sangat lah tuuu.." Kedengaran nada geram dihujung ayatnya.  Tapi dia akui, sahabatnya yang satu ini tambah manis dengan penampilan baru itu. Seruan menutup aurat untuk Sarah sudah pun sampai. Sering kali juga timbul niat dihatinya melihat penghijrahan sahabatnya itu. Dapat dia rasakan ketenangan di hati Sarah yang sebelum ini tak menentu. "Kau ok tak ni? Ko ingat lagi kejadian 5 bulan lalu tu ke?"Suara Zarina tiba-tiba kendur begitu juga mukanya yang tiba-tiba bertukar simpati.

"Ek enaaa... Aku ok lah..  Ni aku ada misi.. Misi nak carikan kau suami.. Dah, duduk diam-diam cuba jadi budak baik sikit."

"Eh.. Bila masa pulak kau jadi ejen cari jodoh untuk aku."Bulat mata Zarina melihatku.. "Plus, aku bukan budak lagi.. Dah boleh jadi mama budak dah ni." Pembetulan yang dibuat Zarina Skali lagi mengundang tawa di mulut. Sampai berair mata dibuatnya.

"Sejak mummy kau upah aku jadi ejen cari jodoh untuk kau."

"Mummy???"

Bagai nak pecah gegendang telingaku mendengar jeritan dari Zarina. Zarina ni bukan boleh sangat nak kawal volume suara dia tu. Tinggi sepanjang masa. Teringat minggu lalu bila Mummy Zarina menjemput mereka pulang untuk kenduri kecil dirumah Mummy Zarina. Keluh kesah yang diluahkan oleh Mummy seakan terulang di pendengaran..

"Sarah ada kenal sapa-sapa tak? Mummy risau tengok Zarina tu busy sangat dengan kerja sampaikan nak bawa husband to be kat mummy pun tak ada-ada lagi ni. Sarah kan bff Zarina, dia tak da steady boyfriend lagi ke? Bila Mummy sebut ja pasal ni laju ja anak mummy sorang tu naik atas masuk bilik sekali dengan kunci pintu. Last Mummy cakap pasal ni dia ugut mummy taknak balik rumah dah. Hishh.. Mummy terlalu manjakan dia agaknya. "

Rungutan mummy yang tak dapat aku pintas dan alihnya aku terdiam saja mendengar mulut mummy bising mengadu pasal Zarina kepadanya. Aku hanya mampu menggelengkan kepala melihat muka Mummy yang jelas kerisauan. Memang aku akui Zarina sangat komited dengan kerja yang dilakukan sekarang ini. Dia pernah menyatakan target-target yang perlu dicapainya dahulu sebelum mendirikan rumah tangga. Walaupun kedengaran seperti main-main. Tapi dalam hidup Zarina, tak ada istilah main-main. Apa yang keluar dari mulutnya itulah yang akan dilakukannya.

"Aku nak ada aset dalam berjuta-juta kalo boleh, lepastu nak ronda-ronda paris, istanbul, alaska, new york, norway, china.. "

"Chup chup chup chup.." ucapku mematikan Zarina dari menyenarai nama-nama tempat yang macam tak kunjung habisnya. "Mekah tak ada dlm senarai ke?" Riak muka Zarina terus berubah. Bulat matanya membalas mukaku yang tersengih nakal mengusiknya.

"Potong-potong.. tu la, aku baru nak cakap next place tu Makkah al mukaramah" Saja dia mengangkat-ngankat keningnya konon bajet comel la tu.

"Ye la tu cik Zarina oi.. Entah-entah tempat terakhir baru nak sebut." Terus saja bantal berbentuk hati yang dipeluk Zarina dilempar ke mukaku. Tapi mukanya bertambah cemberut mendengar hilaian ketawaku yang sudah terguling-guling atas katil.

"Eiiiii ngek la kau ni sarah.. Benci la macam ni.. Merajuk 10 saat." Aku yang tak habis gelakkan dia bertambah sakit perut mendengar rajuk dari Zarina. Aku hanya melihat dia dengan muncung sedepa berlalu keluar dari bilik yang dihuninya. Tapi alihnya dia masuk semula sambil membawa dua gelas mug yang berisi dengan air coklat juga dengan senyuman iklan colgatenya.. hihi..


Ingatan pada perbualan mereka ketika mula berkerja dahulu terlayar di minda. Zarina yang kini mula membaca novel disebelahku tidak lagi mengangguku. Zarina dengan novel memang tidak boleh dipisahkan. Bagai ombak dan pantai. Ombak. Dia. Adam. Bibir yang mengungkap nama adam perlahan mengukir senyuman. Zarina ku kerling disebelah tetap fokus dengan bacaannya.


*****

"Kak Sarah???" Bulat mata Adira dihadapan rumah yang langsung berubah sejak pemergianku 5 bulan yang lalu.

"Assalamualaikum, Adik akak yang comel ni.. Kak Sarah la ni" Laju juga Adira memeluk ku. "Kenalkan, ini kawan akak. Kak Zarina" Zarina di sebelah disalamnya dengan penuh tertib. Senyuman di bibir Adira tak putus-putus ketika mempelawa kami naik kerumah. Sambil itu dia terjerit-jerit memanggil ibu yang mungkin berada di dapur.

"Ibuuu.. Ibu cepat la datang sini. Tengok sapa yang datang ni." Perlahan kaki Adira mengorak langkah ke belakang. Tapi terhenti bila kelibat ibu kelihatan. Tersenyum lebar ibu bila melihatku. Ketika bersalam dengan ibu cepat saja ibu merangkul ku kedalam pelukannya. Nyaman. Terubat rinduku untuk memeluk Ibuku sendiri. Ibu yang membuangku dengan penuh jijik dimukanya.

'Sarah rindu kat ibu dan ayah'

"Ibu sihat?"

"Alhamdulillah... macam ni la.. Sakit tua-tua" Senyuman yang terukir diwajah ibu sikit sebanyak mengingatkan aku kepada Adam. Baru aku perasa yang muka Adam mewarisi muka ibunya, muka yang terasa tenang bila melihatnya.


"Supriseeeeeee" Suara lelaki yang tiba-tiba kedengaran mengejut kan kami semua. Serentak itu kami berpaling ke arah pintu dan tergamam bila melihat Adam yang berwajah ceria melihat kami. Tapi secepat itu juga riak muka nya berubah. Terkejut melihat muka Sarah di antara mereka. Kelihatan dia memejam mata berkali-kali dan kemudian matanya makin sepet melihatku.. "Sarah?"


Ingin membuat kejutan tapi dia yang terkejut.. Aku hanya ketawa nipis melihat Adam yang berlalu memeluk ibunya bagai tak ingat kami yang ada di situ. Anak manja Ibu betul lah bak kata Adira. Zarina di sebelahku hanya terdiam memerhati kami. Aku perasan matanya melirik wajah Adam yang berdiri smbil memeluk bahu ibunya sambil mengusik Adira yang sudah memuncungkan mulutnya.

******


ps/ ades.. ingat nak habiskan cerita ni.. alih-alih tak abes - abes jugak.. kuikuikui..

mcm biasa.. abaikan kesalahan ejaan ke apa ka..


Tuesday 1 April 2014

Mimpi

assalamualaikum...


2nd April -wed


sekali lagi blog ni bersawang nak hmpir genap setahun.. bravoooo kucing pepel... huhu..

its just i wanna share something to u guys..

its about my dream last night..

i've dream bout me, facing car crash with my sister and my mum...

and.. my mum died on that accident... i was so shock..

then i woke up...  its 5am..

and tears fall like rain.. i miss my mum so much... afraid with that dream..

bcoz last night i've called my mum and she was fine..

called back home this morning and my bapak yg pick up the fon..

and heard my mum voice beside him..

it was so glad to heard her voice..

praise to Allah swt..


dariNya kita dihidupkan.. dan kepadaNya kita dikembalikan..

semoga aku masih diberikan masa untuk menggembirakan kedua org tua ku..  T_T