Wednesday 23 January 2013

assalamualaikum awak.. part 2




jam di dinding menunjukkan pukul 2.. sesudah membuat dua gelas air milo langkah kaki ku tuju ke beranda di luar rumah.. disitu sarah hanya diam duduk memandang ke dalam kegelapan malam.. mukanya kelihatan pucat bersama matanya yang merah akibat dari tangisannya..

ketika itu aku baru sudah mendirikan solat malam dan ingin ke dapur untuk mengambil segelas air kerana tekak ku yang dahaga. kebetulan masa keluar dari bilik, sarah sudah berada di depanku. dirinya kelihatan begitu serabut.. dengan rambut yang kusut. jelas kelihatan airmatanya laju mengalir.

"awak nak air tak?"soalku memecahkan kesunyian.. sarah yang melarikan pandangannya dariku hanya mengangguk lemah. "tunggu saya kat beranda rumah kejap.."sambungku lagi. lama respon dari sarah, dan bila sekali lagi dia mengangggukkan kepala, aku terus berlalu ke dapur.

"nah, untuk awak" sapaanku dibiarkan sepi.. sarah masih hilang dalam dunianya sendiri. kehadiran ku langsung tidak di hiraukan ataupun mungkin tidak disedarinya. rasa dingin malam yang menyapa muka memberikan damai di hati.. aku turut diam menikmati keindahan alam.

"ibu dah buang sarah dari hidupnya"ada getar suara sarah bersama serak akibat tangisan tadi. laju aku berpaling melihat sarah yang masih memandang ke hadapan. tangisannya kembali mengalir.
"ibu tak dapat terima sarah ni anak haram ayah dan kekasihnya" sambungnya sekali lagi sambil tersenyum melihat ku. tapi sekejap itu juga tangisannya semakin berlagu. sambil duduk memeluk lutut kepalanya disembamkan ke lutut.. "ibu dah halau sarah. dia tak mahu tengok muka sarah lagi"

terkedu mendengar luahan hati sarah.. aku hanya dapat melihat dia terus terusan mengalirkan airmatanya. suara tangisnya yang perlahan disambut dengan deruan angin meniup kencang.

"Allah tidak akan menguji umatnya diluar kemampuannya. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya." ujarku perlahan. sarah hanya diam tanpa membalasku.

"la tahzan.. innallah ha ma'ana.. jangan bersedih, Allah bersamamu." ungkapan ku yang satu ini menarik perhatiannya memandangku.. dalam matanya yang berkaca.. senyuman terukir di bibirnya perlahan..

kesian sungguh melihat keadaan sarah ketika itu.. mahu saja aku memeluknya.. memberikan dia kekuatan.. menenteramkan hatinya yang remuk.. namun semua itu takkan mungkin dapat aku lakukan.

ingatan pada arwah nurin kembali menerjah ruang ingatan.. masih jelas diruang mataku melihat nurin menahan kesakitan akibat kemalangan kereta yang dipandunya. suara nurin yang menahan kesakitan dan kadang-kadang tersekat sekat tetap jua diterukannya perlahan..

"abang, ampunkan segala salah silap nurin, halalkan semuanya ya abang.."
"jangan salahkan diri abang atas apa yang terjadi, semua salah nurin."
"nurin ingin menjadi yang teristimewa di hati abang. nurin cintakan abang selamanya.."

 Nurin dah pergi untuk selamanya. tapi tetap hingga kini teristimewa di hatiku. ya.. istimewa di hati ini.. senyuman yang diberikannya terakhir untukku membuatkan ku turut tersenyum..


'abang rindu Nurin sangat-sangat. semoga Allah tempatkan nurin dikalangan orang-orang yang beriman' gumamku di hati.. 


dummm!

lamunan ku terhenti bila melihat sarah yang telah pun dibuai lena.. jatuh terbaring di lantai beranda. seminit.. dua minit..tiga minit.. aku menunggu kalau-kalau dia tersedar selepas terhantuk lantai beranda.. namun dia tetap kaku sambil matanya tertutup. perlahan aku memanggil namanya... diam.. tiada juga sahutan kedengaran. perempuan ini sudah pun hanyut dalam mimpi-mimpinya.. mungkin terlalu mengantuk sampaikan tidak sedar aku memanggilnya. rambutnya yang menutupi separuh wajahnya ku alihkan ketepi.. wajah sarah yang cerah dengan kesan lebam di matanya. manakala hidungnya sedikit merah..tapi wajah itu sudah tidak setegang tadi.. mungkin lega dapat menyuarakan masalah yang dipendamnya itu.  sambil menongkat kepala dengan lutut.. aku hanya melihat dia..

'aduh.. napa jantung ni berdegup laju'

**********

"cuti kamu sampai bila along. ibu rasa lama sangat dah kamu kat rumah ni" ibu melihatku yang baru sampai di rumah. duduk di kerusi beranda sambil memerhatikan adira dan sarah sedang mengait buah rambutan. jelas suara adira lebih kedengaran berbanding perempuan itu.

"along baru 4 hari kat rumah ibu.. cuti along kan seminggu ibu.." balasku perlahan.. mata ku larikan melihat sarah yang sedang memegang pengait buah. melayan saja perangai adira yang menyuruhnya membuat itu ini.

"baik budaknya sarah tu along"suara ibu tiba-tiba.. air milo yang masuk ke tekak ku tiba2 terkeluar semula.. terbatuk aku jadinya.. tumpuan sarah dan adira beralih kepadaku.. apabila berpandangan dengan sarah makin menjadi batuk ni.. alahai.. terkejut tiba-tiba ibu berkata tentang sarah tadi..

"along....ha.. sampai pun... along pergi mana tadi... adik baru nak minta tolong kaitkan buah rambutan ni kejap along dah hilang.. sian dekat kak sarah ni ha.. merah dah tangan dia." ucap adira dengan suara yang lantang.. laju dia menuju ke arah kami. sarah ku perhatikan hanya tersenyum melihatku.

"along pula yang kena. " aku menjongket kening ke arah ibu.. melihat ke arah adira dan juga sarah yang mula melangkah mendekati kami.

"adik, along penat tu kan.. dah.. cukup la tu buah rambutan nak kait satu pokok nanti siapa yang nak habiskan.. kamu tu makan dua tiga biji dah berhenti. tau-tau buruk ja buah tu kamu biarkan."bebel ibu pula.. aku beralih ke tanah melihat buah-buah rambutan yang berada di atas tanah. banyak juga.. muka adira sudah mula berubah.. senyuman nakal terukir dibibirnya.

"sarah suka buah rambutan" senyuman di wajah ceria sarah kelihatan. adira yang berdiri ditepi laju memeluk tubuh sarah. gembira bila ada yang menyebelahi dia.



*********

henset ditangan di hidupkan.. sudah 5 hari henset itu dibiarkan tertutup dalam beg tangan.. terbuka hati ku untuk mengaktifkannya kembali.

103 panggilan tidak terjawab dari teman ku.. aku mencari kalau-kalau ibu ku ada menelefonku.. tapi  sayang, nombor telefonnya langsung tidak tertera disitu. begitu juga dengan ayah. langsung tidak mencariku. mereka memang benar-benar membuangku. sayu hati jadinya.

"assalamualaikum, sarah.. where are you..i was so worried.. i've been searching you for five days.. call me back when you read this."mesej terbaru dari zarina..
"sarah.. aku dah apply cuti untuk kau seminggu ni.. bos dah bising cari kau tau tak..btw.. i miss you.." lagi mesej dari zarina.
"assalamualaikum sarah, mak pah telefon tadi.. dia tanya kau ada dengan aku ke tak.. dia risau kan kau.. ada masalah datang la jumpa aku.. aku kan kawan baik kau.. aku tunggu.."

yup.. hanya zarina lah seorang sahabatku yang aku ada. belum sempat fikiran ku melayang kepada zarina lagu winter sonata kedengaran dari henset. tertera nama zarina disitu. pantas sungguh dia ni..lama ku biarkan panggilan itu..

"Nurul Sarah Binti Mohammad Kazim.. " aku menjauhkan telingaku apa bila mendengar suara lantang dari zarina. walaupun dia jauh disana, terasa zarina berada ditepiku sedang tajam memandangku.. ups...

"sarah, kau dekat mana ni ha? napa lama sangat baru on henset tu? are u ok? aku risau kalau-kalau kau kena culik ke.. bunuh diri ke? kena rogol then bunuh ke.. pastu kena campak kat laut mana-mana.. tak pun kena baham dengan harimau kat dalam hutan tu... "andaian zarina betul-betul menggelikan hatiku.. sampai hati dia fikir sampai macam tu sekali.

"ina chup.. chup... aku ok la.. sihat ja ni.. alhamdulillah.."tingkahku smbil ketawa kecil.. namun yang kedengaran dihujung sana esak tangisan dari zarina.
"boleh gelak pulak dia... kita kat sini dah separuh mati mencari dia ntah hidup ka tidak.. you should see me first as im ur bff.. best friend forever.. sampai hati kau.. "

"okay.. its my fault.. sorry okay... now.. aku dapat bayangkan muka kau yang huduh tengah menangis sekarang ni.. hahaha" wajah zarina yang masam mencuka muncul di ingatanku.. dia juga turut tertawa mendengar usikan ku itu. lama dia terdiam cuba menenangkan dirinya barangkali.

"sarah, ko dah okay ke? dengar macam dah okay ja.. tapi aku tahu kau ni dengar aja bukan boleh percaya sangat.." suara zarina kembali normal..

"okay ni haa...." suara ku tekan kan sedikit.cuba meyakin kan zarina di sebelah sana.

"kau dekat mana ni? "

"aku kat rumah kawan ni.."

"aipppp... kawan mana yang dah overtake my place tu.. mari aku nak ganyang muka dia.. you should find me.. aku kecewa ni. "

"kawan.. haha.. mana ada dia overtake tempat kau.. tetap kau lah no 1 as my bff."

"kawan mana satu ni.. aku kenal ke tak? sejak bila kau ada kawan lain ni.. bukan aku sorang ke kawan kau?"

"adalah baru 4 hari kenal.."

"u what? baru 4 hari kenal? and you already stay in her house.? wait a minute.. is it she or he?"

"he.." jawabku perlahan.. sekali lagi nama penuhku disebut lantang oleh zarina.. pasti memarahi tindakan ku yang satu ni..."he's a nice guy ina.. im staying with his mother and sister.. dont worry.."tambah ku lagi..

"for how long my dearest nurul sarah ..? either you going back or im going there and bring you back.. "

*********

[akan bersambung] sila abaikan titik2 yang banyak itu n kesilapan2 ejaan or grammer dan sebagainya.. haha


ps/-
salam Maulud Nabi untuk semua iaitu pada hari 24hb01.2013 hari khamis..
selawat serta salam ke atas junjungan besar kita.. Nabi Muhammad Saw.
semoga kita semua dapat berjumpa dengan nabi kesayangan kita di sana kelak..
amin ya rabbal alamin..

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran seerahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran…

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya..

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya Engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah,
Kami umatmu..
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
&
Kami cuba mengamalkan sunnahmu

Kami sanjung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah&Rasul sebagai pembela
[Hijjaz-Rasulullah]

Tuesday 22 January 2013

assalamualaikum awak..

Sekeping hati yang retak seribu... bisakah di ubati semula...



Seindah tiada lagi kau kuingatkan sayang kau hilang..
menanti biar sampai akhir hayatku di dunia ini..


sayup-sayup kedengaran suara nyanyian dari pemuda yang terbaring di pantai menarik perhatian ku..
kelihatan santai dia terbaring sambil memainkan gitar di tangan nya... keseorangan....


sama seperti diriku... yang sendiri turut melayan deruan ombak yang sesekali kedengaran kuat mengasak pantai.. sekali lagi aku tenggelam dengan perasaan ku sendiri... menghilang jauh kedasar ingatan ku terhadap kejadian yang cuba kulupakan walaupun sesungguhnya payah untuk aku hapuskan dari kotak fikiranku..

airmata yang mengalir takkan mampu memadamkan semua  yang telah terjadi.. lantas... perlukah hati ini menangisi segala yang berlaku...

"assalamualaikum.." 
"waalaikumussalam..."tanpa sedar aku menjawab salam yang diberikan kepadaku... lama aku memandang kehadapan.... mentari yang kian jatuh menzahirkan suasana senja yang sangat indah.. namun tak mampu untuk mengubah resah di hati...

"awak nak duduk lama lagi ke dekat sini...?"

sekali lagi suara itu kedengaran.. pantas kepalaku berpaling melihat pemuda yang sedang duduk dengan jarak sedepa dariku. kelihatan senyuman yang bersahaja diwajahnya.. lesung pipit yang terletak indah di pipinya menjadi perhatianku...

"saya rasa elok awak balik sekarang... sebab... kalo saya dah balik nanti tinggal awak seorang time maghrib macam ni tak elok.. lagipun tak takut ke kalo ada mahluk lain yang sudi teman awak kat sini... kalo yang berupa ghaib rasanya tak apa... tapi kalo syaitan yang bertopengkan manusia rasanya lagi bahaya... jadi apa kata kita beransur dahulu dari sini... esok-esok kita datang lagi... boleh kan?"

terpinga-pinga aku jadinya bila mendengar ucapan panjang darinya.. "er...  saya... saya tak tahu nak pergi mana.... "jawabku setelah sedar dengan situasi yang berlaku sekarang.. kulihat kawasan pantai ini semakin gelap dan timbul rasa seram sedikit dihatiku... tapi kemana harus aku pergi...

melihat respon yang agak lmbat dariku... kepalanya makin senget melihatku.. mulutnya kelihat sedikit muncung dengan riak yang penuh dengan persoalan... "balik rumah awak mungkin?"

"rumah....."mendengar sahaja perkataan rumah dari dia yang tidak ku kenali membawa satu perasaan kosong.. rumah yang dulunya penuh dengan kebahagian.. sudah pun punah... laju airmata ini mengalir...

melihat reaksiku yang secara tiba-tiba ini membuatkan pemuda tersebut serba salah.. melihat aku yang kini teresak-esak membuatkan dia serba salah..

"hurm... macam mana ni... er.. awak jangan la menangis... saya tak reti pujuk...  erm... macam ni... apa kata awak ikut saya balik dulu... sebab saya takut sangat nak biar awak seorang diri dekat sini... dan lagi pun masa maghrib ni pun dah masuk dan pendek sangat.. dan awak jangan risau... saya orang yang baik.. dekat rumah  ibu dan adik saya.. saya takkan apa-apakan awak.. "sekali lagi pemuda itu bersuara dengan riak muka yang sangat lucu mengakibatkan aku tertawa.. sambil menyapu airmata yang masi bersisa aku memberikannya senyuman walaupun sekarang ini muka dia penuh dengan riak persoalan.. mungkin pening dengan diriku yang sekejap tadi menangis dan kemudiannya tertawa pula...

"jom" tanpa berfikir panjang laju aku menjawab.. pantas aku berdiri sambil menarik nafas panjang kemudian kulepaskan dengan tenang... aku tidak tahu kuasa apa yang digunakan oleh pemuda ini yang membuatkan aku untuk percaya kepadanya..



*******

"Assalamualaikum... " laung pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai adam dalam perjalanan tadi sambil mempelawa aku untuk duduk diruang tamu sementara dia berlalu  ke ruang rumah lalu menghilang...

"ups... ada tetamu..."kelihatan seorang remaja perempuan terkejut melihatku dan serentak itu laju dia menghilangkan diri masuk kedalam bilik kerana keadaannya yang hanya bertuala baru sudah mandi.. dan serentak itu juga kelibat adam dan juga seorang wanita tua kearahku.. laju aku berdiri dan menghulurkan salam kepadanya..

"ibu.. along bawa bakal bini ke ibu?" kedengaran suara remaja perempuan itu tadi disebalik dinding yang mengundang perubahan pada riak wajah adam.. laju dia menyangkal tekaan adiknya itu..

"bukan la... tahu nak mengenakan along ja adik ni.. haa... yang adik tu... dengan bertuala ja lalu kat depan tetamu ni tak malu ka? mahunya tok imam datang rumah ni terbeliak mata dia tengok adik macam tu... itu takpa lagi.. kang dia hantar rombongan meminang kat adik baru padan muka.. bermadu la dengan isteri imam tu.. along dah...."

"along ni bebel bebel bebel.. kalah ibu bila along membebel ni tau..." balas adik adam mematikan ucapan adam. ada geram diwajahnya. lucu melihat pertelingkahan kecil antara mereka berdua..

"dah sudah la tu.. along.. adik.. tak malu ka dengan tetamu ni ha.. kalo kamu dua tak malu.. ibu ni malu tahu tak... haa... anak ni sapa nama? kawan along ya?" lembut suara ibu adam menyapaku.. senyuman dibibir memperlihatkan wajahnya yang masih lagi menawan walaupun sudah ditelan usia.

"Saya sarah makcik...saya.. "aku memperkenalkan diriku kepada ibu adam.. selanjutnya aku terdiam... melihat adam yang berdiri belakang ibunya..tidak tahu untuk meneruskan perkataan apa yang harus ku berikan kepada ibunya...

"aah.. kawan along.. dia nak tumpang tido rumah kita dulu ibu.. dua tiga hari ni.. " laju adam bersuara.. seperti tahu apa yang berlegar difikiranku.

"boleh... tak ada masalah..."

"terima kasih ibu.. sayang ibu.."tingkah adam smbil memeluk ibunya dari belakang.. satu kucupan diberikan pada ibunya...tapi lain pula balasan ibu adam itu kepadanya..pantas telinga adam ditarik hinggakan kedengaran jeritan kecil dari adam...

"umo dah 29 tahun masih lagi berperangai 19 tahun.. kamu dah besar panjang nak peluk cium ibu depan tetamu macam ni.. heiiiii.....kamu dari mana ni ha? nak dekat pukul 8 baru balik.. hilang bukan main lama dari pukul 3 petang tadi baru balik rumah.. tadi asar solat tak ni? " bebel ibu adam.. bulat mata dia melihat adam yang sedang kesakitan.. tapi masih lagi mampu tersenyum... sempat ljuga dia bermain mata dengan ku..

"aaahhh... asar td along solat kat masjid... maghrib tak lagi..."

"apa tunggu lagi?" ujar ibu setelah melepaskan telinga adam.. sambil menggosok telinga dia melangkah meninggalkan aku dan ibunya.. senyuman masih lagi terukir di bibirnya... lelaki itu murah sungguh dengan senyuman..


Keluarga adam.. keluarga yang baru aku kenali.. walaupun tidak mengenaliku tetapi tetap memberikan layanan yang baik kepada ku.. adakah layanan mereka akan sama selepas mengetahui diriku yang sebenarnya..keluhan kecil ku lepaskan..

aku berpaling melihat adira.. adik adam itu  sedang asyik lena di katil.. adira seperti juga adam seorang yang suka berbual.. ada sahaja soalan yang keluar dari mulutnya sampaikan aku rasa sukar untuk menjawabnya... aku hanya hadiahkan dia senyuman dan laju menukar topic perbualan.. adira pun turut melayan sahaja topic yang aku bualkan walaupun soalan nya tidak terjawab.

langkah kaki ku tuju ke beranda yang berada diluar bilik adira.. perlahan ku buka pintu yang terkunci.. angin malam menyapaku lembut.. laman rumah adam di kelilingi dengan pokok-pokok buah buahan.. nampak sedikit menyeramkan.. namun tumpuan ku terarah ke langit.. melihat bulan yang sedang menyinari malam dengan cahayanya.. suasana sepi ini mengundang kembali luka untuk bertandang di ingatan.. sungguh.. biarlah tangisan ini menemani malam ku.. andai itu bisa melegakan hari yang lara..

*********

adam meraup wajahnya. tersedar dari mimpi yang telah beberapa hari menghantuinya. Nurin. ya.. itulah mimpinya.. seolah-olah kejadian malang yang menimpa nurin hingga meragut nyawanya berlaku di depan mata adam. "astagfirullah hal azim.." ingatan terhadap nurin kekasih hatinya menyebabkan titisan air mata mengalir dari kolam matanya. rindu yang terlalu sarat yang tak akan pernah terpadam. lantas dia bangun menuju ke dapur dan membasuh mukanya.

"Wahai Allah, ampunilah Nurin ya Allah, naikkanlah darjatnya dan lindungilah keluarga yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya."

*********

"assalamualaikum awak..." salam yang diberikan adam kepadaku ku jawab perlahan.. dia yang baru sahaja keluar dari bilik kaku melihatku yang sedang menyapu ruang tamu rumahnya. wajahnya jelas mempamerkan riak terkejut.. pelik melihat baju nurin yang melekat di badan sarah.

 'tentu saja adira yang memberikannya' ngumam hati kecil adam. namun ada sesuatu yang lain bila melihat sarah pagi itu. tingkah laku nya mengingatkan dia pada nurin.. seolah-olah dia melihat nurin dalam diri sarah. tersedar dari lamunannya.. dia beristigfar di hati.. 'nurin dah tak ada muhammad adam..'

Aku memerhati adam yang kaku melihatku.. kemudian bibirnya kelihatan bergerak namun tidak dapat ditangkap oleh telingaku akan suaranya.

"Selamat pagi"suara adam kembali kedengaran.. kali ini dengan senyuman kemudian dia berlalu ke ruang dapur tanpa menunggu balasan dariku. 

"kak sarah.." kebetulan adira masuk ke ruang tamu memanggilku. akibat suara adira yang nyaring itu, kedengaran laju ayat melatah yang dikeluarkan oleh adam. pecah ruang tamu akibat dari gelak ketawa kami berdua. adam hanya mengurut lembut dadanya dan kemudian berlalu pergi.. namun jelas kelihatan wajahnya yang merona merah. malu.


"assalamualaikum ibu.." tubuh ibunya yang sedang berdiri sambil menggoreng nasi di peluk dari belakang..

"amboi.. along ni 24 jam asyik nak bermanja dengan ibu ja.. dengan adik nak cari gaduh ja.. jeles la macam ni.."rungut adira apabila melihat kelakuan abangnya itu.. aku yang turut menyaksikan kelakuan adam hanya mampu tersenyum..

"meh sini along nak peluk adik." adam yang tersenyum nakal beralih kebelakang melihat adira yang sudah menjerit kecil pantas melarikan diri dari adam. dan yang menjadi mangsanya adalah aku. adira menjadikan aku bentengnya bila adam pula mula melangkah mendapatkan adira.. riuh rendah jadinya dapur ibu.. bebelan ibu langsung tidak kedengaran ditenggelamkan suara adira dan adam dan tidak kurangnya aku. secara tak sengaja dalam mengelak, adira menolak ku kearah adam..

chup!

senyap seketika dapur yang tadinya riuh dengan suara kami.. aku rasa muka aku dah merah terlindung di dada adam.. dug dug dug.. aku rasa jantung aku bagai nak tekeluar. =.='

"adik!" kuat suara ibu memarahi adira. dalam pada itu, pelukan kami leraikan dan kata-kata maaf keluar dari mulut adam.. sangat-sangat tidak menyangka kejadian itu berlaku..

"adik juga yang kena marah"rajuk adira di ikuti muncung mulutnya jelas kelihatan..
"alololo... sian adik along kena marah ibu yaa..." adam mendekati adira dan kemudian memeluk kuat leher adira menggunakan tangan kiri manakala tangan kanannya merosakkan rambutnya yang telah tersikat rapi.. menyedari keadaan itu laju langkah adira mengejar adam yang berlari meninggalkan kami. tawa lelaki itu kedengaran kuat mengejek adiknya.. sesekali kedengaran suara adira memarahi adam..

"ibu rasa nak pengsan kalau dua beradik tu berjumpa.. tak pernah aman rumah ni jadinya.." aku kembali melihat ibu yang tersenyum melihatku."ibu minta maaf kelakuan anak ibu kalau kamu terasa.. sarah tak marahkan..?" sambungnya lagi.. aku hanya mejawab soalan itu dengan gelengan kepala.


"malam tadi along bangun lagi ka?" soal ibu memecah sunyi. aku melihat ibu, adam dan adira yang sedang bersarapan terhenti dari meneruskan suapan mereka. sesekali adira melihatku. manakala adam kembali meneruskan suapan.

"ya ibu" jawab adam perlahan.. "ibu jangan lah risau.. along sentiasa ingat pesan ibu.."senyuman dihadiahkan pada ibunya.

"hurm.. macam tu la anak ibu. ibu ingat nak hantar rombongan meminang untuk kamu minggu hadapan."
adam yang tersentak terus terbatuk mendengar buah mulut dari ibunya. tangannya laju mendapatkan gelas yang tersedia di hadapan.

"ibu! along tak nak... along dah banyak kali bagitau kat ibu along tak teringin lagi nak berumah tangga kan.. " tegas suara adam membantah idea ibunya yang satu itu.  mukanya penuh dengan kerutan yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa lucu di hatiku.. terasa serba salah sama ada ingin ketawa. namun ku tahan apabila melihat muka adam yang benar-benar serius.

"sampai bila along.. ibu nak sangat tengok ada isteri yang boleh jaga kamu. ibu nak juga rasa dapat menantu.. ibu nak tunggu sampai bila along.. ibu ni dah tua.. entah bila dapat merasa cucu dari kamu..entah esok lusa ibu dah tak ada.. kempunan ibu.."rajuk ibu kedengaran.. turut mengundang sayu adam.. lantas dia bangun memeluk ibunya.. adam hanya diam melihat ku dan adira.. namun entah tiba-tiba senyuman terukir dibibirnya.

"adik kan dah habis spm... haa.. apa kata kita kahwin kan saja dia.." kuat suara adam menyatakan cadanganya. senyuman nakal mula kelihatan. giliran adira pula yang terkejut hingga batuk.. perangainya saling tak tumpah dengan perbuatan adam tadi.. aku rasa macam ulangan ja melihat situasi ini..

"apa pulak along.. adik ni muda lagi tau.. adik baru 17 tahun.. adik nak belajar lagi lah.. masih jauh lagi perjalanan adik nak kena lalui.. sekurang-kurangnya adik nak masuk universiti.. nak belajar kat luar negara.. ada pendapatan tetap.. rumah.. kenderaan.. dah balas jasa ibu  baru adik terfikir nak kahwin tau.. ingat adik ni gatal sangat ke nak kahwin awal ni.. kahwin awal ni semuanya berlaku zaman dulu saja.. mungkin ada zaman sekarang ni tapi jumlahnya sikit. dia tak mahu kahwin kita yang kena pulak.. " panjang balasan yang diberikan adira.. siap berdiri dan menggayakan ucapannya dengan tangan di awang-awangan begitu juga riak mukanya yang triple serius.. haha..

"amboi adik.. mengalah kan ibu membebelnya.." usik ibu.. namun muka adira tetap kelihatan serius.. adam sudah mula mengeluarkan tawanya yang terbahak-bahak.. manakala aku hanya tersenyum menggelengkan kepala.

"adik serius laaaaaaa"suara adira sekali lagi kedengaran membawa sama rajuk dimukanya..

"ye la.. ibu dan along tahu la adik ni bercita-cita tinggi orangnya.. tapi yang dari pagi sampai ke tengah malam tangan asyik bertasbih dekat henset tu apa cerita.. ibu bagitau kat along ada budak lelaki selalu telefon adik ya.. " usik adam tak lagi habis..

"ibuuuuuuu" berlagu suara adira memanggil ibunya.. kantoi dengan adam.. merah wajahnya ketika itu..


***********

sepanjang hari itu, tumpuannya banyak diarahkan kepada perempuan yang baru dikenalinya semalam. sebenarnya dari semalam lagi dia memerhatikan sarah. nama perempuan itu pun hanya diketahuinya selepas dia menjawab pertanyaan ibu semalam.. sehingga sekarang perempuan itu banyak mendiamkan diri. hanya senyuman dan pandangan sayunya yang kelihatan.. kadang-kadang bila berbual dengan perempuan itu, terasa seperti aku bercerita sendiri.. seperti waktu sarapan pagi tadi.. terasa serperti hanya jasad yang ada di situ.. manakala nyawanya sudah terbang jauh.. 


***********
"kau anak haram! jangan pernah pijak kaki di rumah ni lagi.. berambos!"

"ibu.. apa ibu cakap ni... ayah.. kenapa ayah diam. ibu. jangan buat macam ni please.. tolong la sarah ibu.."tangisku sudah mula membanjiri.. kulihat ayah hanya diam.. aku memaut kaki ibu.. namun kasar dia melepaskan tangan ku.. ibu yang pernah menjagaku dengan penuh kasih sayang kini melihatku jijik.. perasaan benci jelas kelihatan dimatanya.. aku takut melihat wajah ibu..

"aku tak akan terima anak haram dari you ni dengan perempuan sial tu.." jerit ibu kepada ayah.. ku lihat ayah menyapu titisan air mata..semua rahsia yang tersimpan kemas telah pun terbongkar.. "pilih.. antara i and anak haram ni.. you nak ikut siapa?" dengan angkuh ibu memberikan pilihan pada ayah.. yang jelasnya.. ayah memilih ibu.. semuanya hanya kerana harta.

air mata mengalir laju menyedarkan aku dari mimpi.. ayah dan ibu dah buang aku... T_T.. lantas aku berlalu keluar dari bilik takut menganggu adira yang sedang nyenyak diulit mimpi..

tersentak.. melihat adam yang juga baru keluar dr bilik yang bertentangan dengan bilik adira..

"assalamualaikum awak.."ucapnya perlahan..


*****************
fuh...... cukup sampai sini dulu kot... aku pun teriak sambil taip cerpen ni.. huwaaa...  (cerpen ni panjang kot.. huhu)

apa pun.. kisah ni tiada kaitan antara yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia...
hanya rekaan semata-mata..

ps/ sila abaikan titik yang banyak itu, kesilapan ejaan dan apa2 yang menjelikkan pandangan mata anda..

tak ada cikgu bm nak cek kesilapan2 semua ni kan.. =.='

akan bersambung... T_T