Wednesday 5 June 2013

i hate it in here..

Kenapa semakin dewasa terasa hidup semakin kosong?

Kenapa semakin lama terasa semakin bosan?

dan kenapa aku yang dah punya semuanya masih terasa kesorangan?



life that we choose.. never regret it.. but it seem so wrong from the first place!..

i hate it in here!.. felt like i never belong here..

so lonely....

close enough to become crazy..



i hate it in here... damn much hate!

Monday 18 March 2013

Cerpen : Kebetulan Yang Cukup Indah 2


Cahaya terang dari hadapan memaksaku mengecilkan mata. Tangan ku angkat untuk menyeka cahaya yang menyilaukan. Pemanduan Khairil malam itu agak laju dari biasa. Sesekali wajah Khairil yang tenang memandu ku perhatikan. Entah tiba tiba saja keadaan tidak terkawal. Kereta Khairil laju menghentam kereta dihadapan dan selepas itu palang besi pembahagi jalan menjadi mangsa hentaman kereta Khairil.

Kepala yang terhantuk di tingkap ketika kereta bergoyang hebat terasa pedih. Seluruh badanku terdorong kehadapan menghentam dashboard. Perlahan kepala ku angkat melihat cermin depan sudah retak seribu. Khairil di sebelah juga sepertiku. Mengambil masa mencelikkan minda dari kemalangan yang baru saja berlaku. Seluruh badanku terasa sakit terutama perutku. Ya Allah, selamatkanlah kandunganku. Namun terasa celah pehaku basah. Panggilan Khairil disebelah sudah tidak ku sahut. Dalam posisi yang sama, pandanganku beransur kelam.

"Sayang!"

*****

Mataku buka perlahan. Keadaan bilik yang terang menyilaukan pandangan. Kelopak mata ku kerdipkan berkali-kali cuba menyesuaikan cahaya, menjelaskan lagi pandangan di hadapanku. Khairil yang sedang tidur dalam posisi duduk ku perhatikan. Perut yang terasa kosong ku usap perlahan.

Tersentak. Kenapa perut ni dah surut. Ya Allah. Airmata sudah pun berlumba-lumba keluar. Bahu Khairil ku goncang kuat. Dan sekejap itu Khairil tersedar dari tidurnya.

"Mana baby zira?" Soalku diiringi esakan tangis. Wajah Khairil yang sudah berbalam dek airmata tak mampu ku tafsir riak mukanya. "Abang. Jawab zira bang. Cakap dengan zira yang baby kita selamat kan abang" Sambil menyeka airmata, Aku harap sangat kalau riak muka Khairil tersenyum mendengar tekaanku. Berharap dia mengangguk kepala laju.

Khairil terus berdiri dan duduk di atas katil. Tubuhku didakapnya sambil tangannya menggosok perlahan belakangku.

"Shhhh. Walau apa pun jadi, abang tetap ada disamping zira. Sayang Allah lebih sayangkan baby kita. Abang harap sayang dapat terima dengan redha." Sebaik saja mendengar ayat dari mulut Khairil, mulutku terkunci. Cuma air mata yang semakin laju membasah di pipi.

Baby dah pergi. Ya Allah. Cepat sungguh kau ambil dia dari aku ya Allah. Tak sempat pun aku nak susukan dia, tak sempat pun aku nak peluk cium dia. Ya Allah, seolah-olah kau dah ambil separuh nyawa ku Ya Allah. Tangisan ku bertambah kuat bila mengenangkan sumber kekuatanku yang satu itu telah pun kembali kepada penciptanya semula. Bahu Khairil yang menjadi tempat untuk ku lempiaskan tangisan sudah pun basah dek air mataku. Berusaha dia menenangkan aku. Suaranya juga turut serak ditelingaku. Turut bersedih dengan kehilangan baby.

"Abang. Allah dah ambil balik baby kita abang. Mungkin sebab awal dulu kita memang tak inginkan dia." Perlahan airmata kembali mengalir. Setelah dapat bertenang, Khairil membaringkan aku di atas katil. Manakala dia kembali duduk di kerusi sambil menggengam tanganku.

"Semuanya salah abang. Abang patut jaga sayang dari awal dulu."Sambil menyapu air mata yang mengalir dipipinya, Khairil mencium tanganku lama. Riak mukanya kusut sekusut hatinya. Mataku menangkap calar-calar di bahagian muka dan tangannya. Dahinya pula sudah terbalut dengan pembalut luka yang sudah berubah warna. Akibat keletihan dan sakit kepala kesan dari menangis, mataku mula berat dan aku terus tertidur dalam tangis.

'Awak, baby dah tak ada...'


*****


Kosong. Melihat bilik yang berwarna putih ini dengan tiub kecil masih lagi bersambung di tanganku. Sudah tiga hari aku di dalam hospital ini. Dan hari ini aku menunggu Khairil yang akan sampai dalam beberapa minit saja lagi.

Mengenang sikap Khairil yang terlalu mengambil berat akan diriku, aku tertanya pada diri sendiri. Adakah lagi cinta untuk lelaki ini. Sepanjang dua hari ini dia melayan ku dengan cukup baik. Percakapannya sangat lembut dan sentiasa berhati-hati dalam menjaga perasaanku. Tapi bila melihat mukanya, aku terasa kosong. Bila dia cuba berbual denganku, aku pandang sepi mukanya. Bila dia cuba membuat lawak, aku hanya mempamerkan muka kosong. Dan bila dia meluahkan rasa kasih dan cintanya padaku, aku tercari-cari dalam diriku untuk turut merasa cinta buat lelaki dihadapanku. Tapi semuanya pun sudah terbang jauh.

"Saya ceraikan awak dengan talak satu" Masih jelas riak muka Iman ketika terpaksa melafaskan talak yang diminta oleh Khairil. Aku masih ingat lagi hatiku kala itu hanya Tuhan yang tahu betapa kuatnya getarannya. Usai saja dia mengungkapkannya. Badanku seolah-olah kaku melihat dia yang turut melihatku. Antara aku dan dia sudah tiada lagi ikatan.

Wajah dingin itu muncul di fikiran. Matanya yang sepet yang selalu menjadi tumpuanku bila bertentang muka dengannya. Riak mukanya yang masam bila saja aku menganggu tidurnya. Muka kosong yang dia tunjukkan bila malas untuk berbual denganku. Dahinya yang berlipat seribu bila melarang aku menyediakan kemeja berwarna pink yang membuatkan dia nampak sangat comel. Dan kali terakhir, senyumannya yang ceria pagi itu.

Mataku pejam membayangkan wajah Iman yang senyum sambil membuang pandang pada cawan di hadapannya. Bibirku yang turut mengukir senyuman mula bergetar ku kemam. Dahi terasa sudah pun berkerut menahan sedih.

'Aku rindu dia ya Allah' Sekali lagi aku tertewas dengan perasaanku sendiri.

Bila telingaku mendengar bunyi suara Khairil di luar, airmata cepat ku keringkan. Mencuba mengukir senyuman sambil melihat ke arah pintu. Bila saja pintu terbuka. Wajah Aisyah yang sudah berkaca menguasai pandanganku. Laju dia berlari meluru ke arahku. Tubuhku yang terbaring dipeluknya. Ketat.  Khairil yang berdiri melihat kami, memberikan senyuman tatkala mataku singgah dimukanya.

*****

"Aisyah, terima kasih" Aisyah yang duduk ditepiku sambil mengupas buah epal berpaling melihatku yang sedang merenungnya.

"Tak perlu berterima kasih. Awak sahabat saya. Walaupun awak ketepikan saya dalam keputusan yang sepatutnya awak boleh berbincang dengan saya dulu. Tapi saya tetap sayang dekat awak dan masih lagi nak awak jadi sahabat saya yang terbaik." Dia kembali mengupas epal yang sudah separuh dikupas. Sesekali dia melihatku sambil tersenyum. "Cuma satu, janji dengan saya. Kalau jadi apa-apa lepas ni, saya ada bersama awak. Kalau awak buang saya lagi lepas ni, tak ada maaf bagimu" Sambungnya lagi dengan nada yang lebih serius. Aku hanya mengangguk membalasnya.

"Cakap janji"

"Saya janji"

Aisyah tersenyum melihatku. Matanya ku tangkap sudah mengeluarkan cecair jernih.

"Saya pun minta maaf, sebab terlalu sibuk dengan restoran tu sampaikan terlupa dekat sahabat saya sorang ni.Saya memang sahabat yang teruk." Kelihatan tubuh Aisyah bergetar menahan tangis.

"Tapi awak ada dekat saya sekarang kan. " Aku cuba menenangkan dia. Pasti besar rasa bersalah yang ditanggungnya. Aisyah, seorang sahabat, yang aku kira sudah seperti kakak, abang, kadang-kadang seperti adik yang menggantikan keluargaku yang sudah lama ditelan bumi. Dialah yang sentiasa ada di sampingku dikala duka mahupun ketawa.

Ayatku yang satu itu mengundang senyuman dibibirnya bersama anggukan kepala darinya.

"Sapa yang pujuk sapa sepatutnya ni?" Saja ku usik Aisyah yang ketika itu sedang menyapu air mata. Tergelak dia mendengar itu. Epal yang sudah di belah kecil di sua ke mulutku.

"Aisyah, saya nak minta tolong kat awak."Aisyah yang sedang membaca berita yang terpampang di akhbar metro mengalihkan pandangan kepadaku. Mulutnya tersenyum manakala keningnya terjongket berkali-kali.

"Tolong bawa saya pergi dari sini." Sambungku sambil melihat riak muka Aisyah yang sudah berubah.

*****

"Aisyah, mana awak bawak lari Azira?" Suara Khairil yang tinggi di corong telefon memaksa Aisyah untuk menjauhkan telefon dari telinganya.

"Assalamualaikum, ya Khairil. Kenapa dengan Azira? Dia bukan ada dekat hospital ke? Semalam saya lawat dia ada lagi." Aisyah cuba bertenang dan berlakon mengikut kemahuan Azira. Dia ingin meninggalkan lelaki itu.

"Hrm... Azira dah keluar pagi tadi. Dia dah lari. Dia tak ada telefon awak ke?" Suara lelaki itu sudah mengendur. Kedengaran sayu.

"Saya sepatutnya yang tanya awak. Azira hilang ke mana? Awak tak jaga dia ke?"Aisyah yang berpura-pura terkejut hanya ku perhatikan kosong.

"Saya tak tahu. Dia dah keluar dari hospital tanpa beritahu saya pun. Ya Allah. Mana dia pergi ni. Takkan dia tak bagitau dekat awak?" Terkejut bila melihat bilik yang dihuni Azira seminggu yang lalu sudah pun kosong. Laju dia berlari menuju ke kaunter bertanyakan perihal Azira yang sudah tiada di bilik. Jururawat yang bertugas hanya mengatakan bahawa Azira sudah keluar pagi tadi. Bila ditanya sapa yang jemput Azira, jururawat itu hanya menggeleng kepala. Berkali-kali dipaksa tetap juga jururawat itu tidak memberitahunya. Mahu saja tangannya melempang muka jururawat yang langsung tidak menjawab soalan-soalannya.

Sambil berlalu keluar dari hospital, otaknya ligat memikir perihal Azira. Ya Allah, dia kehilangan Azira buat kali ke 2. Bila teringat Aisyah, tangannya pantas mendail membuat panggilan ke telefon bimbit Aisyah.

"Tak ada Khairil. Macam mana awak jaga Azira kalau macam ni pun dia boleh lari dari awak. Saya tersilap dalam meletakkan kepercayaan pada awak Khairil."

Aku lihat Aisyah sudah menjatuhkan tangannya yang memegang telefon sambil melihatku. Tahu Khairil sudah pun memutuskan panggilan.

"Dia betul-betul risaukan awak. Kenapa awak buat begitu dekat dia?" Jarinya diletakkan keatas jariku. Tersentak dengan perbuatannya.

"Memang saya dah maafkan dia. Tapi calar itu sudah berbekas di hati Aisyah." Perlahan suaraku di telinga Aisyah. Tubuhku di tarik kedalam pelukannya dan perlahan tangannya menggosok lembut lenganku.

"Dah-dah. Orang pantang tak boleh sedih-sedih."

"Saya nak tidur"

*****

5 bulan selepas itu.

*****


"Azira, ada customer nak jumpa." Wajah Aisyah yang tersembul di pintu mengalih perhatianku yang ketika itu sedang berbual dengan Wani di belakang. Setelah meminta diri, baju putih yang ku pakai ku buka dan ku gantung di penyangkut yang sedia ada di tepi pintu. Dengan ucapan bismillah, tombol pintu aku tarik dan mataku menangkap kelibat lelaki yang sedang berdiri didepan kaunter melihatku dengan pandangan yang sayu. Ada riak lega dimukanya.

Iman Fiqri.


*****

Azira dihadapanku hanya mendiamkan diri dari tadi. Kepalanya tunduk memandang kasut yang dipakainya. Sesekali mataku turun ke bahagian perut yang sudah tidak kelihatan. Azira dihadapan ku malam ini sama seperti pertama kali aku berjumpa dengannya. Kurus malah lebih kurus dari sebelum ini. Mukanya sedikit cengkung. Matanya yang bundar kelihatan sayu.

"Saya terserempak dengan Khairil tadi." Tersentak dia bila mendengar ucapanku. Pantas kepalanya mendongak melihatku. Diam. Tiada suara yang keluar dari mulut Azira.

"Dia bagai nak gila cari awak. Saya tengok dia tak terurus." Sambungku lagi cuba menarik Azira dalam perbualan ini. Suara gemersik dari wanita dihadapanku terasa lama tidak kedengaran. Tapi tiada balasan dari Azira.

"Saya minta maaf." Luahku kali ini kerana terhimpit dengan perasaan bersalah sejak dari tadi. Azira mendongak kembali melihatku.

"Awak tak perlu minta maaf" Suara itu akhirnya keluar dari mulut Azira. Bila mendengar itu. Mulutku terus terkunci. Masing-masing terdiam. Azira yang membuang pandang ke luar aku gunakan kesempatan itu untuk merenung mukanya. Muka yang sentiasa terbayang difikiran sejak pemergiannya.  Tiada lagi senyuman diwajahnya.

"Saya tak sepatutnya lepaskan awak malam itu."

"Saya dah naik bosan dengan perkataan 'sepatutnya', 'kalau'. Tolong, saya dah dapat terima yang Allah sudah cukup baik meminjamkan dia pada saya walaupun hanya sekejap" Pantas Azira memotong ayatku. Tergamam bila melihat matanya yang sudah berkaca.

"Peluang ke2." Riak muka Azira yang penuh persoalan sambil menatapku ku tatap kembali.

"Berikan saya peluang untuk membetulkan kesilapan saya melepaskan awak dulu." Sambungku lagi berharap dia paham apa yang ingin ku sampaikan. Tapi dia tetap begitu. Dahinya sudah berkerut mendengar permintaanku.

"Azira, kalau awak nak tahu, hidup selepas pemergian awak terasa kosong. Setiap hari saya rindukan suara awak. Rindukan mata awak. Your smile" Tersenyum sendiri aku bila senyuman Azira terlintas difikiran. Tidak seperti yang tergambar dihadapanku sekarang ini. "Saya rindukan waktu pagi saya bersarapan bersama dengan awak di dapur. Setiap kali ingin keluar kerja, saya rindukan awak yang sentiasa menghantar pemergian saya hinggalah kelibat awak tidak kelihatan. Saya rindukan awak Azira. Damn. So much." Cermin mata ku buka dan meraup muka yang sedang menahan malu. Meluahkan perasaan seperti ini adalah sesuatu yang baru bagiku. 

Azira dihadapanku tergamam mendengar luahan dariku. Matanya yang dari tadi berkaca sudah pun mengeluarkan cecair jernih dengan lajunya. Kepala ku tundukkan sedikit menyaingi wajah Azira. Manakala pipinya yang basah ku sapu perlahan. Mata bundar yang basah ku renung dalam sedalam yang boleh.

"I love u" Suara serak dari Azira yang diucapnya perlahan mengejutkan aku. Perlahan, bibir mengukir senyuman mendengar kata hikmat dari Azira.

"I love u too." Tubuh Azira kemudian ku tarik kedalam pelukanku. Malam ini Allah telah mengembalikan Azira dalam hidupku semula. Terima kasih ya Allah. Aku hanya mampu tersenyum mendengar esakan dari Azira. Kuat dia memelukku.

"Ehem-ehem.. No Hugging here." Suara Aisyah menusuk ke telinga. Laju kami melepaskan pelukan dan melihat Aisyah yang sedang berdiri di sebelah Zara.

"Agree. Save it after you get married Iman. Pervert!." Zara pula menghentam aku dengan sedikit cemburu dimukanya. Melihat Azira yang tertunduk menahan malu, tangannya ku capai dan ku genggam erat.

"Jom nikah" Azira di tepi ku merenungku sambil tersenyum bahagia. Satu anggukan darinya dan aku turut merasakan keindahan yang akan menyinar hidupku kelak.

Terima Kasih ya Allah untuk kebetulan yang sangat indah ini.  ^_^



Sunday 17 March 2013

Cerpen : Kebetulan Yang Cukup Indah 1


Suasana senja dengan redup cahaya matahari yang memancar adalah sesuatu yang sangat dirindui bila sudah terlalu lama tidak balik bercuti. Kesibukan bekerja menuntutku untuk sering menghabiskan masa hujung minggu di ofis menyiapkan kerja yang tidak pernah nampak surutnya.

"Hey, Balik lah wei.. Ikutkan kerja tu, sampai kiamat pun tak habis." Danial yang lalu di hadapan bilik berhenti sekejap melihatku yang tekun menatap laptop. Sapaannya menganggu tumpuanku dan beralih melihat dia yang sudahpun melurutkan tali lehernya. 2 butang kemeja yang teratas sudah pun terbuka. Nampak wajahnya jelas kelesuan.

"Ko kalo nak balik tak ganggu aku boleh tak. Tak pasal-pasal idea dah terbang jauh." Saja aku usik Danial yang tidak menampakkan tanda untuk masuk ke bilikku. Masih berdiri bersandar di pintu. Cermin mata yang dari tadi melekat di batang hidung aku buka. Baru terasa sakit kepala bila dahi sudah berdenyut.

"Dah la tu wei.. Jom.. Pekena Nescafe ais pun sedap gak ni" Ajak Danial lagi. Sempat lagi dia menarik liur sambil wajahnya tersenyum lebar membayangkan nescafe ais di depannya.

"Okey, tempat biasa and macam biasa. Ko pergi dulu. Aku nak ke tandas jap."

Aku pun melangkah ke tandas yang terletak di hujung bangunan ni. Jam di dinding ku pandang sekilas. 15 minit lagi nak pukul 10. Hanya bilik ku saja yang masih lagi menyala. Manakala bilik lain sudah pun malap. Cuma lampu ruang jalan yang menerangi tingkat 14 ni.

Terasa segar sikit bila selesai membasahkan kepala. Muka yang berkerut ku renung di dalam cermin dihadapanku. Nampak sangat mata yang sudah pun kepenatan. Rambut yang serabut sudah pun semakin panjang. Dalam hati sudah berfikir untuk singgah di mana-mana kedai gunting rambut. Mungkin sebab itu lah sakit kepala ni kerap datang. Kepala ku anggukkan bersetuju dengan akal fikiranku sendiri.

Tanpa menunggu lama selesai bersiap aku turun ke gerai mamak yang berdekatan dengan ofis dimana Danial sedang menunggu. Semakin malam semakin ramai pulak pengunjung gerai itu. Danial ku lihat sibuk dengan Ipad di tangan. Langsung tak menyedari kehadiranku sehinggalah kerusi ditepinya aku tarik. Mau tak terkejut. Melatah dia jadinya.

"Hoi... Bagi salam lah kalau ya pun.." Muka Danial yang cuak mengundang tawaku.

"Engkau, kalau dengan game memang tak sedar langsung awek kat hujung sana duk usha ko dari tadi." Laju juga kepala Danial berpaling melihat arah pandanganku. Tapi bila menyedari gurauanku, bahuku pula menjadi mangsa tumbukannya. Hampa agaknya bila melihat lelaki lembut yang sedang tersenyum sambil mengelip-ngelip matanya berulang kali. Nasib kaulah Danial jadi pujaan lelaki lembut tu. Mana tidaknya, setiap malam pasti lelaki lembut itu turut hadir di restoran ni.

*****

Lega bila melihat katil dihadapanku. Badan yang letih terus ku humban ke atas katil. Nikmat rasanya bila dapat melepaskan penat di atas katil. Seketika sunyi yang dirasakan sangat mendamaikan hati. Namun sekejap itu ketukan di pintu menendang jauh kedamaian yang baru dirasakan. Rengusan kasar ku lepaskan. Jam ditangan ku lihat. Mendengar ketukan yang semakin kuat, perlahan aku bangkit dan menuju ke pintu lantas membukanya.

Mataku menangkap wajah jernih dihadapan yang tersenyum manis. Rambut yang pendek layer membuatkan raut wajah itu kelihatan lebih muda. Matanya pula bundar melihatku yang jauh lebih tinggi darinya. Perut yang sedikit memboyot ku perhatikan.

"Awak baru balik?"Soalnya yang aku rasa mencetuskan rasa marah yang terkawal dari tadi.

"And?" Nada tidak puas hati ku berikan kepadanya. Begitu juga muka ku yang pasti sudah kerut seribu.  Wajah itu masih lagi kelihatan tenang. Muka bosan ku pamerkan.

"Awak dah makan?" Sambungnya lagi.

"Yes. Ada apa-apa lagi?" Soalku kali ni dengan berniat untuk mematikan perbualan kami. Katil di dalam bilik terasa melambai-lambai.

"Awak dah Isyak?" Agak teragak-agak dia untuk mengeluarkan pertanyaan kali ini. Laju itu juga tanganku menutup pintu siap mengunci selak yang terdapat didalam bilik. Yang aku tahu, aku cuma mahu berehat selepas letih seharian bekerja. Namun bayangan wajah jernih itu tetap hadir di ruang mata. Lantas aku bangun membersihkan diri dan seterusnya mengerjakan kewajipan yang hampir saja aku sengaja tinggalkan. Dan sebaik saja kepalaku mencapai bantal, dalam tak sampai beberapa saat aku sudahpun dibuai mimpi.

*****

Tok tok tok...

Bunyi ketukan di sebalik pintu sekali lagi menganggu tidurku. Perlahan-lahan mataku buka, tangan mencapai jam yang terletak ditepi katil.

7.50am

Dalam mamai, mataku tutup semula ingin menyambung tidur. Sesaat cuma, tindakan automatik bila terlompat bangun melihat semula jam yang masih ditangan. Secepat itu juga aku meluru ke pintu dan mengambil baju kemeja yang sudah tergantung di luar bilik. Sudah kemas bergosok. Rutin harian Azira yang akan menyediakan pakaianku untuk ke pejabat.

Awalnya aku menegah dia dari terus menyediakan pakaian untukku. Namun perempuan itu sungguh degil. Tetap menyediakan pakaianku. Dulu dia akan mengantungkan baju yang siap bergosok didalam bilik. Tetapi bila sahaja Azira melihatku hanya bertuala, pantas peraturan baru ku buat. Dia dilarang sama sekali untuk masuk bilikku bila saja aku ada didalam bilik.

Selesai mandi dan mengqhada subuh yang terbabas. Mataku bulat menangkap baju kemeja berwarna pink di atas katil. Langsung tidak ku perasan ketika mengambilnya tadi. Mahu saja nama perempuan itu ku teriak. Tapi mulutku tertutup geram bila melihat jarum minit sudah berada di nombor 4.

"Why must pink laaa aihh.." Sambil mengomel, sambil itu juga aku sarungkan kemeja yang sangat menyakitkan mata itu. Dalam terpaksa, aku kena juga pakai baju itu sebab tidak mahu terlambat untuk ke meeting pukul 10 pagi ni. Di kepala sudah terbayang baris kereta yang tentunya berlambak di atas jalan ketika ini. Berlari-lari anak aku turun ke bawah. Pintu sudah pun siap terbuka manakala kasut yang sudah tersedia di depan muka pintu. Sambil duduk, stoking ku sarungkan secepat yang mungkin.

"Awak, breakfast" Azira tepat-tepat muncul disisiku bila aku selesai memakai kasut. Beg kertas berwarna coklat bertukar tangan. Tangan ku disalam dan diciumnya. Masih dengan senyuman.

"Last warning. No more pink after this!" Tegas arahan ku sambil membetulkan cermin mata. Geram melihat senyuman di bibir Azira. Suka melihatku memakai baju pink. Langkah ku hala ke kereta dan tanpa menoleh kebelakang, aku tinggalkan rumah.

*****

Bila melihat kereta warna hitam Iman menghilang, pintu pagar ku tutup. Memandang rumah dua tingkat di hadapan dengan sayu. Senyum yang dari tadi hadir sudah pun terpadam. Sungguh, aku tak kisah dengan layanan Iman Rifqi terhadapku. Malah aku berterima kasih dengan pertolongannya untuk menikah denganku. Itu lebih dari cukup. Bukan setakat itu, dia turut memberikan aku perlindungan tinggal bersamanya. Makan pakaiku semuanya dia tanggung walaupun sebenarnya dia boleh saja abaikan aku.

Perut yang sudah lebih 6 bulan ku usap lembut. Lagi 3 bulan saja lagi baby ini akan mengenal dunia. Sungguh, aku takut untuk memikirkan nasib baby ini kelak. Aku tahu, dalam kasar Iman Rifqi, dia masih melindungi diriku dan bayi yang ada dalam kandungan ini. Walaupun bayi ini bukanlah zuriatnya. Tapi aku tak dapat bayangkan selepas kelahiran bayi ini, mahukah Iman Rifqi tetap membenarkan kami untuk tinggal dengannya. Satu kesilapan sangat aku kesalkan. Untuk sekian kalinya, airmata tetap menitis.

Dengan perut yang sarat, berhati-hati aku menaiki tangga menuju ke bilik Iman. Lucu melihat bilik yang tidak terkemas tertera dimata sebaik sahaja bilik itu terbuka luas. Dapat ku bayangkan betapa kelam kabutnya dia pagi tadi. Dengan sejadah masih lagi di lantai, katil yang terhambur sana sini, tuala yang tersadai di atas lantai. Kepala hanya mampu ku gelengkan.

"Awak tak perlu kemas bilik saya!" Tegas suara Iman suatu ketika dulu. Berkerut kening kawan tu bila balik saja dari kerja, masuk bilik sudah pun terkemas. Bagai bergegar rumah dua tingkat itu bila dia berlari mencariku yang berada di dapur ketika itu.

"Saya ada banyak masa luang. Jadi saya kemaslah." Balasku tanpa takut memandang mata sepet disebalik kacamata itu. Mukanya yang putih kelihatan kemerahan.

"Awak ni degilkan?"

"Ya, itu nama tengah saya" jawabku sambil tersenyum menampakkan gigi. Teringat mukanya yang bertambah masam dan berlalu meninggalkan aku.


Ingatan masa lalu menerjah ke ruang ingatan. Iman Rifqi, lelaki yang hanya mengeluarkan suara emasnya bila hanya ada hal penting saja. Untuk berbual mesra denganku, lelaki itu lebih suka berdiam. Enam bulan hidup bersama Iman Rifqi cukup untuk mengenali dia sebagai lelaki yang pendiam, tidak banyak bercakap dan cukup sesuai dijadikan patung untuk menjadi model pakaian di butik-butik pakaian.

Dalam sibuk mengemas bilik lelaki itu, telingaku menangkap bunyi ringtone dari meja solek lelaki itu. Kelihatan telefon lelaki itu berkelip-kelip. Timbul perasaan untuk mengambil telefon itu dan mataku laju membaca message yang baru saja diterima.

Happy birthday sayang..
Miss u 
~Zara

Message itu berulang kali ku baca. Aku tak tahu perasaanku ketika ini. Sedih, marah atau cemburu.

Iman Rifqi ada kekasih?

Aku tergelak bila menyedari siapa aku pada Iman. Laju ku buang jauh perasaan yang bertandang. Dia berhak mendapat yang terbaik. Dia lelaki yang terbaik pernah aku jumpa. Dan kebahagiaan sepatutnya dia miliki sudah tentunya bukan dengan aku. Mungkin selepas saja bayi ini lahir, aku perlu meninggalkan rumah ini. Aku perlu bersedia.

Selesai menyidai kain di belakang rumah aku duduk berehat di ruang tamu. Sedikit lelah membuat kerja dengan menanggung kandungan yang terasa semakin berat. Segala pergerakan pun terasa semakin lambat.

Iman Rifqi pernah melarangku untuk membuat kerja-kerja di rumah ini. Katanya akan mengupah orang gaji untuk membersihkan rumah. Tapi aku melarangnya keras. Kalau semua kerja rumah orang gaji yang buat takkan aku nak goyang kaki saja duduk dirumah ni. Aku rasa boleh mati kebosanan.

Setelah mengugutnya untuk keluar dari rumah sekiranya dia mengambil orang gaji, akhirnya Iman Rifqi mengalah. Tapi yang menjadi peliknya, setelah kejadian itu, dia jarang membuat semak. Kalaupun yang semak itu hanyalah didalam biliknya saja. Pinggan cawan yang dia gunakan pasti dibasuhnya selepas menggunakannya. Jadi kerja ku cukup mudah untuk mengemas rumah itu yang sudah lagaknya seperti muzium.

Bunyi kipas di siling terganggu bila deringan telefon ditepi tangga berteriak minta di angkat. Agak payah untuk aku berdiri secara tiba-tiba bila penat menguasai diri. Sambil berpaut pada sofa, aku melangkah perlahan ke arah telefon. Aku baru saja ingin berpatah balik bila deringan sudah pun putus. Tetapi telefon itu berbunyi kembali.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam, Awak kenapa lambat sangat jawab telefon?" Suara tegas Iman Rifqi menusuk ketelinga.

"Er.. Saya ada dekat dapur" Bohongku. Padahal dekat saja sofa yang ku duduki dengan telefon. Tapi kesukaran untuk berdiri mengambil masa untuk menjawab panggilan itu.

"Oh. Ada nampak telefon saya tak dekat bilik?" Soalnya lagi mempercayai tipuku.

"Ada. Awak tertinggal ye pagi tadi?" Soalku kembali cuba berbual mesra dengannya. Dapat aku bayangkan muka lelaki itu sedang berkerut seribu.

"Ok, i just want to make sure" Datar suara Iman. Akhirnya kami masing-masing terdiam.

"Awak... " Tiba-tiba mulutku memanggilnya tanpa sedar.

"Yup?" Jawabnya laju. Kedengaran bunyi ketukan keyboard laptop yang tak henti dari Iman. Mungkin dia sedang sibuk. Bila aku diam tidak meneruskan ayat, sebenarnya tak tahu nak cakap apa. "I'm hanging up now. Jangan lupa makan. Take care!"

"Err.. Awak. Selamat hari lahir" Ucapku disusuli dengan bunyi 'toot toot toot' tanda panggilan sudah pun terputus.

Gagang telefon ku lihat bila saja panggilan sudah diputuskan. Sambil tersenyum kepala ku gelengkan. Untuk apa ucapan itu Azira. Perlukah? Namun senyuman tetap terukir bila mendengar ayat akhir dari Iman. Lelaki itu dalam kasarnya tetap mengambil berat.

Di sebabkan kebaikan Iman Rifqi, semangat aku untuk memasak kek untuknya. Sempena hari jadi yang keberapa pun aku tak tahu. Tapi aku tak tahu kek kegemaran lelaki itu. Dalam otak sudah terbayangkan kek coklat. Tapi itu pun sebab aku yang suka makan kek coklat. Teringinlah pulak nak makan kek coklat. So, kita berdoa sajalah Encik Iman Rifqi suka makan kek coklat. Mengidam punya pasal. Alahai Azira.

Setelah selesai membeli bahan-bahan untuk memasak kek, petang itu aku habiskan masa di dapur menggilap balik kemahiran membuat kek yang lama ku tinggalkan.

*****

Bunyi dentingan jam di dinding menyedarkan aku dari lena. Pukul 11 malam. Kelibat kereta Iman Rifqi masih tidak kelihatan. Tapi mengingatkan message dari wanita lain di telefon Iman pagi tadi aku mengagak kalau dia menyambutnya dengan kekasihnya itu.

Tentu saja dia pulang lewat. Hatiku berkata.

Tapi entah kenapa aku masih lagi duduk diruang tamu menunggu kepulangannya. Seperti hari-hari sebelum ni. Kadang-kadang Iman Rifqi yang kejutkan dan menyuruh aku untuk tidur di bilik bawah yang memang tersedia untuk aku. Kadang-kadang bila terlalu lewat, aku hanya menunggu dan memasang telinga didalam bilik mendengar kepulangan lelaki itu. Cuma sejak akhir-akhir ini, kalau jam belum lepas dari pukul 12, kelibat lelaki itu tidak kelihatan. Pasti sibuk dengan kerja. Duga hatiku.


"Nampaknya malam ini pun dia balik lewat" Aku bermonolog sendiri. Sudah berkira-kira untuk melangkah masuk ke dalam bilik. Tersenyum sendiri mengenang kelakuan yang tidak sepatutnya aku buat.

*****

Sesudah mengunci pintu, badan yang keletihan ku labuhkan ke sofa dan terus berbaring menatap siling. Ekor mata beralih melihat bilik Azira. Tiada cahaya lampu yang kelihatan di bawah pintu bilik.

‘Er Awak, selamat hari lahir..’ Ucapan yang sempat ku dengar sebelum mematikan talian. Gagang yang masih ditangan ku perhatikan. Berfikir andai aku tersalah dengar. Jari yang satu ini pun laju saja menekan butang menamatkan talian. Peristiwa siang tadi bermain difikiran. Dimata pula terbayang wajah Azira yang sedikit tembam dengan rambut yang pendek. Comel.

Dengan malas, aku membangunkan diri dan laju menapak ke bilik. Seperti biasa, bilik yang tadi ku tinggalkan terhambur sudah berkemas. Perempuan itu walaupun banyak kali di larang tetap juga mengemas bilik ini.

“Awak dah isyak?”  Suara gemersik yang selalu mengingatkannya tentang solat terlintas di fikiran. Bila melihat ke arah pintu, terbayang wajah jernih itu sedang tersenyum.

“Ya.. ya.. Isyak isyak..” Aku bermonolog sendiri bila mengingatkan diri yang masih belum menunaikan solat isyak. Sesudah membersihkan diri dan bersolat, kaki ku hayunkan turun ke tingkat bawah lalu menuju ke dapur. Tekak yang dahaga minta di isi.

Sebaik saja membuka peti sejuk, terpampang kek coklat yang terhias kemas. Kepala ku beralih seolah-olah tembus melihat Azira yang sedang tidur di dalam biliknya. Jadi betullah telingaku yang mendengar ucapan selamat hari jadi dari Azira. Dengan berhati-hati kek itu aku keluarkan dan ku letakkan di atas meja diruang tengah dapur.  

“Sedapnya” Kek yang ada di tangan cepat saja ku sumbat ke mulut. Sedap tak terkatalah katakan. Makan punya makan sampai suku aku habiskan. Jari yang masih bersisa krim ku jilat sambil tersenyum. Pelik. Aku bukan suka sangat makan manis-manis ni. Sedangkan tadi pun, kek yang dibeli oleh Zara hanya ku makan dua sudu. Itu pun setelah puas Zara memaksaku makan kek tersebut. 

Pelik dengan perangai sendiri, tangan yang kotor ku basuh dan berlalu naik ke bilik. Tapi langkahku mati dihadapan bilik Azira. Pintu yang tidak berkunci itu ku buka. Kelihatan Azira yang sedang berselimut. Tidur. Teragak-agak aku untuk masuk ke dalam bilik itu. Namun melihat wajah Azira yang tenang mengundang langkah kaki ku mendekatinya. Mataku menangkap perut yang jelas kelihatan. Tangan ku dekatkan dan menyentuh perut itu. Sesuatu yang selalu ingin aku lakukan bila saja melihat Azira. Tapi tidak pernah ku lakukan. Cuma kali ini saja berkesempatan. Itupun sentuh curi sebab Azira tak sedar. Teruja bila terasa pergerakan di permukaan perut Azira walaupun berlapis dengan selimut nipis. Tidak cukup itu, telinga ku tekapkan di atas perut Azira. Tersenyum lebar bila pergerakan baby didalam perut terasa. Perlahan perut itu ku usap.

“Baby tidur ya sayang. Sian dekat ibu..” Perlahan aku bersuara seolah-olah sedang berbual dengan baby. Namun pergerakan itu tetap terasa. Bimbang jika Azira terjaga.

“Okay, Abah teman tidur ya. Tak mau buas okay..” Tersenyum melihat perut seolah-olah melihat muka baby. Sambil duduk di tepi katil, tangan masih ku letak di atas perut. Merasa pergerakan baby yang sudah kurang aktif. Sesekali wajah Azira yang disinari lampu meja ku perhatikan.

Gila. Aku buat kerja gila.

*****

Suara Azan Subuh yang berkumandang menyedarkan aku dari tidur.

“Terima kasih ya Allah kerana menghidupkan aku sesudah matiku” Ucapku perlahan. Bersyukur kerana dihidupkan lagi hari ini. Bersyukur kerana masih diberikan waktu untuk menebus dosa yang selalu menganggu ketenanganku. Mataku menangkap susuk tubuh yang sedang duduk di tepiku. Setelah memejam celik mata berulang kali, barulah jelas wajah Iman yang tertidur. Terkejut melihat tangannya diatas perutku. Kemudian muka lelaki itu yang tenang ku perhatikan.

“Ya Allah.. Awak.. Awak.. Bangun” kejutku sambil mengoyangkan bahu lelaki itu. Tak lama. Matanya terbuka. Kesian melihat dia tidur sambil duduk. Pasti meletihkan.

“Subuh dah ke?” Soal lelaki itu. Seolah-olah tidak menyedari perlakuannya. Kemudian dia bangun sambil mengeliat. Tingkah lakunya hanya kuperhatikan. Ingatkan dia terus berlalu keluar, tapi badannya ditundukkan sikit manakala tangannya mengusap lembut perutku. “Baby jangan nakal-nakal tau hari ni. Sian dekat ibu. Okey abah nak siap-siap pergi kerja.”  

Bulat mataku mendengar bicaranya sambil melihat perutku. Perlahan, tapi cukup jelas ditelingaku. Tidak cukup itu, satu ciuman singgah diperutku. Sambil menguap berkali-kali dia melangkah keluar. Masih terhuyung hayang. 

“Sah, mamai lagi” Tergelak aku melihat perangai lelaki itu.  Tidak pernah-pernah dibuatnya masuk kebilik ku, tidur sambil memegang perutku, mencium perutku, berbual dengan baby. Tangan ku yang mengambil alih tangan Iman berhenti dari mengusap perutku.

Airmata yang kutahan mengalir jua. Masih terkejut dengan apa yang lelaki itu lakukan. Sesuatu yang mungkin sering ku bayangkan, bila Iman dapat menerima diriku dan baby yang masih di dalam perut. Sesuatu yang selalu ku angankan untuk lelaki itu menggunakan kata ganti diri abah untuk babyku yang bakal lahir tak lama lagi. Tapi mengenang tingkah laku lelaki itu, semuanya pun aku tepis jauh. Terasa diri terlalu mengharapkan sesuatu yang bukan milik ku.

Tapi bila semua ni terjadi di depan mataku, aku rasa sangat sedih. Kalau dulu aku boleh saja tergelak mengatakan diri bodoh mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Tapi kini, untuk apa semua ni Iman Rifqi?

*****

"Awak, cake dlm peti sejuk tu memang untuk saya kan?" Iman Rifqi yang duduk di meja ku perhatikan. Soalannya hanya ku jawab dengan senyuman sambil menganggukkan kepala. Kepalaku pula pening memikirkan kejadian subuh tadi. Tapi melihat Iman yang bersahaja, tahulah lelaki itu sudah pun terlupa akan perbuatannya itu.

"Oh nasib baik, saya dah habiskan suku dari kek tu." Jawabnya bersahaja. Kalau mood lelaki itu elok, bolehlah berbual elok dengan aku. Bila mood dia tak betul, cukup hanya dengan tiga ayat untuk dia matikan perbualan kami. Dan hari ni, muka Iman nampak ceria. Tapi tak tahu sebab apa yang menyebabkan dia seceria itu.

"Memang saya buat untuk awak pun. Sedap kan?"

"Awak buat? Sedaplah kot. Sebab saya jenis tak makan manis, ni sampai suku saya habiskan. Memang sedap la tu." Ujarnya sambil tersenyum. Mata yang sepet itu jadi semakin sepet. Seolah-olah tertutup. Raut wajahnya yang tersenyum ceria cepat ku set di otak. Satu riak yang sukar sebenar untuk Iman pamerkan.

Bila Iman sudah berdiri, tangan yang penuh sabun ku basuh dan kain lap yang tergantung di depan tingkap ku capai dan laju mengeringkan tangan yang basah. Pantas aku mengekorinya ke pintu hadapan. Hari ini dia segak memakai baju kemeja berwarna kuning cair. Warna kesukaanku. Selesai mengenakan kasut, dia berdiri menghadapku. Tangan ku sua untuk bersalam. Agak lama dia berdiri merenungku. Sesekali matanya turun melihat perutku.

"Take care. Apa-apa jadi kol saya" Pesannya kemudian berlalu pergi.

1 2 3.. Hampa. Iman tetap berlalu tanpa menoleh belakang. Kereta itu laju menghilang. Pintu pagar ku tutup dengan berhati-hati.

"Sayang" Suara lelaki diluar pagar mematikan niatku untuk bergerak masuk ke dalam rumah. Khairil di luar pagar membuatkan rentak jantungku berubah laju. Lelaki yang tinggalkan aku seorang diri bila saja hasil perbuatan terkutuk kami menyebabkan bayi ini wujud dirahimku.

"Sayang abang minta maaf sangat-sangat. Dulu, Abang tak kuat. Abang takut keluarga abang buang abang bila tahu dosa yang abang buat. Abang tak sanggup. Tapi abang silap, Abang perlukan sayang dalam hidup abang. Abang tak mampu nak teruskan hidup tanpa sayang. Abang tak sanggup" Lelaki itu sudah pun melutut bersama dengan juraian air mata yang tidak berhenti. "Sungguh, Abang tak mahu kehilangan sayang dan anak kita" Sambungnya lagi. Airmata lelaki yang sukar untuk aku nafikan kepalsuannya. Khairil benar-benar menyatakan rasa bersalahnya meninggalkan aku dahulu.

Air mata ku turut mengalir laju. Apa yang perlu aku lakukan? Menanti cinta yang belum pasti? Atau menerima cinta yang dulu pernah mekar. Tapi dalam masa yang sama ragu andainya kejadian ini berlaku kembali. Tapi bila melihat keadaan Khairil, aku tahu dia benar-benar telah berubah. Dia betul-betul ingin menebus kesalahannya.

Dalam masa yang sama, fikiranku menerawang mengingati Iman. Perlukah aku menanti cinta darinya. Akan adakah cinta darinya untuk aku. Kejadian subuh tadi sekali lagi terlintas difikiran. Sungguh, satu perasaan sangat aku harapkan akan hadir di dalam hati Iman Fiqri. Cinta untuk diriku, kasih sayang untuk anakku yang bakal lahir. Tapi, betulkah itu untuk aku. Bukankah Iman ada Zara? Siapa aku bagi dirinya.

"Izinkan abang untuk tebus kesalahan yang telah abang lakukan. Abang tahu semuanya salah abang. Abang bersalah tinggalkan sayang. Abang minta satu ja Sayang. Abang minta peluang untuk betulkan semuanya." Suara Khairil sekali lagi kedengaran. Kali ini dengan riak serius.

Mata yang dari tadi melihat Khairil ku pejam. Ya Allah, kenapa wajah itu yang muncul. Wajah Iman yang kelihatan tenang. Terus ku buka mata melihat Khairil. Matanya yang merah benar-benar mengharap penerimaanku.

*****

Dingin. Melihat Khairil dan Iman yang saling duduk bertentangan. Manakala aku duduk di antara mereka. Sudah lebih 30 minit mereka bertentangan mata. Satu perkataan pun belum kedengaran. Kadang-kadang rengusan kasar kedengaran dari Iman. Aku pula tidak berani untuk melihat mereka. Sama ada Iman mahupun Khairil. Aku takut bila aku melihat Iman, hatiku berat untuk meninggalkan dia. Dan aku takut bila melihat Khairil, keputusan yang aku buat akan terjejas. Aku takut kepercayaanku terhadapnya tergugat.

"Aku tahu perjanjian kau dengan Azira. Azira minta kau nikah dengannya dan akan bercerai selepas sahaja dia melahirkan anak." Suara Khairil memecah sunyi. Mata Iman laju melihatku.

"Aku berterima kasih dengan kau sebab dah bersusah payah tolong Azira selama 6 bulan ni. Tapi aku minta kau lepaskan dia. Aku akan bertanggungjawab dengan kesalahan yang aku buat." Khairil masih tenang mengeluarkan rasa hati untuk mengambilku semula. Mata Iman masih lagi melekat dimuka ku.

"Azira, ikut saya" Terkejut mendengar namaku dipanggil oleh Iman. Langkah kakinya bergerak menuju ke belakang, ke dapur. Perlahan aku menuruti arahan Iman. Khairil yang nampak tenang ku pandang sekilas. Kakiku terus melangkah. Sesampai di dapur, kelihatan Iman berdiri di depan sinki sambil membuang pandang keluar jendela.

"Awak percaya dengan apa yang dia katakan? Selepas apa yang dia dah buat pada awak. Awak ingat tak dulu awak sampai nak hilang nyawa disebabkan lelaki tu." Iman bersama dengan jelingan tajamnya. Mukanya ku perhatikan. Memang betul dia nampak risaukan aku.

"Setiap orang perlukan peluang ke2 bukan. Macam yang awak berikan pada saya" Ujarku setenang yang mungkin.

"Azira, saya risau kalau dia tinggalkan awak lagi."Diam. Aku sendiri takut kalau betul Khairil akan tinggalkan aku sekali lagi.

"Saya rasa mungkin ini yang terbaik. Lepas ni pun kalau baby dah keluar awak pun akan tinggalkan saya bukan?" Bersama tawa nipis, aku melihat Iman yang merenungku sayu.

"Awak yakin dengan keputusan yang awak buat ni?"

Satu anggukan untuk menjawab soalan terakhir dari Iman. Tanpa menunggu lama, aku terus beredar dari ruang dapur yang terasa menyesakkan dada.Sesak juga perasaanku kala itu. Mata yang mula berkaca ku tahan sehinggalah masuk ke dalam bilik.

"Ya Allah.. hamba mu ini perlukan petunjuk dari mu Ya Allah. Betulkah jalan yang aku pilih ni ya Allah." Ruang bilik ni ku perhatikan. Terhenti tatkala melihat Iman yang masuk ke bilikku.

"You know what, you dont have to do this." Lembut suara Iman. Perlahan dia mendekatiku. Pipi yang basah dengan airmata di sapu menggunakan ibu jarinya. Mendengar suaranya yang lembut mengundang tangisku untuk terus mengalir. "Please stay here with me. Let me take care of you" Pandangan matanya menusuk jauh kedalam mataku.

Aku cintakan dia. Iman Rifqi yang sedang menatap wajahku dengan pandangan sayunya.

"Tak, awak patut bahagia dengan pilihan awak. Bukan saya" Akalku seakan celik bila melihat wajah Iman dalam jarak yang cuma sejengkal. Betul, aku tidak mahu meninggalkan dia. Tapi aku juga tak sanggup untuk terus bermain dengan perasaan yang sedang beraja dihati. "Saya percaya Khairil dah berubah." Senyuman cuba ku berikan pada Iman.

"Jadi untuk apa tangisan tu?" Terpinga sebentar aku mendengar soalan Iman. Renungan yang diberikannya betul-betul membuat degupan jantungku berkocak hebat.

"Sebab dah tak dapat kenakan awak pakai kemeja pink lagi lepas ni kot" Ketawa yang ku buat-buat berjaya menarik senyuman sumbing dibibir Iman. Beg roda berwarna kuning cair ku tarik keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Khairil tersenyum melihatku.Aku berlalu dan berdiri di sisinya berpaling melihat Iman di hadapan kami.

Kenapa baru saja aku terasa gembira duduk bersama dengan Iman semua ni perlu berlaku? Kenapa Khairil tak datang cari aku lebih awal sebelum perasaan sayang terhadap lelaki dihadapan ku ini muncul. Kenapa lelaki itu tetap juga bersetuju dengan kemahuanku. Sama ada paksaanku untuk dia mengahwiniku dan kemahuanku untuk kembali bersama dengan Khairil. Kenapa semua dia turutkan?

Pelbagai soalan muncul di ruang fikiran tatkala melihat muka Iman yang kelihatan tegang. Bila melihatku, ada sayu dipandangannya. Aku tak tahu sama ada semua yang aku lakukan ini jalan yang terbaik bagiku. Akan adakah sinar bahagia untuk ku?

*****

"Saya minta maaf andai pernah berbuat salah dekat awak. Halal makan minum pakai saya. Terima kasih sebab sudi hulurkan pertolongan disaat saya benar-benar buntu. Saya takkan mampu untuk membalas semua jasa awak."

Kereta Khairil sudah laju meninggalkan taman perumahan ini. Azira sudah pun pergi meninggalkan aku kembali bersama Khairil. Melihat rumah dihadapanku, tiba-tiba perasaan kosong menguasai hati. Terasa cepat sangat semua ni berlaku.

Dari pertemuan pertama Azira yang cuba membunuh diri dan tertangkap olehku. Permintaannya yang sangat menguji akal logicku bila dia meminta aku untuk mengahwininya. Aku sendiri pelik bagaimana aku boleh bersetuju dengan permintaannya. Hari-hari seterusnya bila Azira yang sebenarnya seorang yang sangat degil suka membuat benda yang aku larang. Semua benda pun dia nak buat dalam rumah ni walhal aku risau akan kandungannya bila dia terlalu penat menguruskan rumah dua tingkat ini. Tapi dia tetap degil.

Rumah terasa bercahaya bila turut dihuni oleh Azira. Dapur yang jarang berasap kini telah bertuan. Kalau dulu aku tidak mengambil berat akan sarapan pagi, tiap hari pasti tersedia makanan di atas meja. Aku rasa sudah terbiasa dengan kehadiran Azira. Makan minum pakaiku semua dia sediakan dengan cukup baik. Malah senyuman langsung tidak lekang dari mulutnya walaupun aku selalu membalasnya dingin.

Mungkin bersama Khairil dia akan lebih bahagia. Memang betul perbuatannya dulu meninggalkan Azira memang tidak boleh dimaafkan. Tetapi keberaniannya untuk datang mengambil Azira dariku secara bertentang mata cukup untuk aku percaya bahawa dia benar-benar ingin menjaga Azira. Apa yang perlu aku lakukan kalau itu memang kehendak Azira. Walaupun tangisnya tadi membuatkan aku tidak ingin melepaskan dia. Tapi, dia tetap dengan keputusannya. Keputusan yang aku hormati. Hinggalah tadi. Dia langsung tidak berpaling melihat aku di belakang.

******

"Wey balik lah wei.. Kerja sampai kiamat pun tak habis laa..." Danial di hadapan pintu menghentikan pergerakan jari jemariku. Ayat yang dah boleh di jangka dari Danial.

"Lain kali ko tak payah sebut ayat tu. Tengok muka kau aku dah tahu dah"

"Haha.. Okay. Aku gerak dulu" Danial terus menghilang sambil mengangkat tangannya.

Cermin mata ku buka dan letakkan di atas meja. Mata ku pejam lama sambil jariku mengurut perlahan batang hidung. Jam baru pukul 8 malam. Balik awal pun tiada siapa yang menunggu dirumah. Dulu bila Azira ada aku selalu juga balik lewat. Kadang hanya dapat melihat mukanya waktu pagi. Satu yang aku kesali.

Deringan telefon menyedarkan aku dari ingatan 5 bulan yang lalu.5 bulan. Azira pasti sudah melahirkan anak. Pasti baby itu comel persis Ibunya. Tersenyum sendiri membayangkan wajah baby Azira. Tapi sayang. Satu nombor pun dia tak tinggalkan untuk dihubungi. Pemergian Azira melangkah keluar dari rumah betul-betul bermakna keluar dari hidupku. Hurm..

"Sayang"
"Dont sayang-sayang me Zara."
"Haha, Okay. Teman I malam ni?"
"Again. Buah hati pengarang jantung U mana? Nanti tak pasal-pasal dia serang I pulak asyik teman U"
"Dia outstation la U. I boringlah makan sorang-sorang ni. Kalau U tak mau teman I takpa la."
"Okay lah. Nanti I ambil U. After Isyak is it ok?"
"Okay. Thanks sayang."
"Zara!"

Geleng kepala dengan perangai Zara. Teman rapat sejak universiti. Begitu juga dengan Raihan, kekasih hati Zara. Tersenyum mengingatkan perangai Zara yang memang manja dengan sesiapa pun. Sampaikan dengan aku pun Raihan boleh cemburu walaupun sebenarnya kami bertiga memang rapat. Boleh dicatatkan dalam buku sejarah kerana sejak perkenalanku dengan Raihan, tidak pernah pun berlaku pergaduhan antara kami. Dan disebabkan oleh Zara habis pecah pipiku ditumbuk Raihan gara-gara cemburu tahap melampau dari lelaki itu. Zara yang terkejut melihat pergaduhkan kami laju saja berdiri di tengah kami. Tangannya laju melempang muka Raihan. Terus kaku lelaki itu bila mendengar jeritan halus dari Zara.

"Saya hanya cinta awak soranglah bodoh!"

Masih jelas muka Raihan yang tergamam mendengar jeritan Zara. 


Malas memanjangkan fikiran, aku mengemas meja yang sedikit terhambur. Setelah berpuas hati, sambil menggalas beg hitam aku berlalu menuju ke arah lif. Berkira-kira untuk singgah di mana-mana masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat Magrib yang sudah lama masuk. Pekat malam yang disinari cahaya lampu jalan tidak kurang dengan lampu kereta yang entah kemana saja hala tujuan mereka.

Masjid Bandar yang besar ini ku perhatikan sambil menunggu waktu isyak yang hanya beberapa minit lagi. Warna putih kehijauan menjadi warna utama dalam masjid ini. Kelihatan beberapa pengunjung yang datang dan pergi selepas selesai menunaikan tanggungjawab kepada pencipta. Ada yang sedang mengaji, dan ada juga yang sedang terbaring melepaskan kepenatan setelah siang hari mencari rezeki. Duduk berteleku di situ menghadirkan rasa damai di hati. Tidak lama selepas itu, azan berkumandang menandakan waktu solat isyak telah pun masuk.

Selesai saja Imam menghabiskan bacaan doa, kami saling bersalaman antara jemaah. Dalam bersalaman kelibat lelaki yang baru saja berpaling ingin keluar aku pandang sepintas lalu.

"Khairil!" Panggilanku yang tiba-tiba saja keluar dari mulut mematikan langkah kaki lelaki itu. Bila saja melihat muka ku, terus terukir senyuman dibibir lelaki itu.

"Kau. Tak sangka boleh terjumpa dekat sini." Ucapnya sambil menyambut salam yang ku berikan. Kami kemudian berlalu keluar dari masjid untuk mengelakkan perbualan kami menganggu mereka yang sedang bersolat ketika itu.

"Azira apa khabar?" Soalku laju ingin mengetahui keadaan wanita itu. Riak mukanya yang berubah dapat ku tangkap. Terdetik rasa tidak senang dalam hati. Jangan berlaku sesuatu yang buruk sudah.

"Aku pun tak tahu" Terdengar sisa keluh yang keluar dari mulut Khairil. Ruang legar yang suram sesuram wajah lelaki itu dihadapanku.

"Apa maksud kau?"

"Selepas saja kami keluar dari rumah kau 5 bulan yang lalu, kereta yang aku pandu hilang kawalan dan kami kemalangan malam tu."

"Ya Allah.."

"Azira selamat, tapi kandungan dia tak dapat diselamatkan." Suara Khairil sudah kedengaran berat. Matanya sudah pun berkaca. Aku turut terkejut dengan berita yang dia sampaikan. Baby yang menjadi kekuatan untuk Azira teruskan hidup sudah pergi meninggalkan dia. Bagaimana keadaan wanita itu sekarang.

"Dia ok?" Soalku lagi.

"Aku tak tau. Dia pun dah lari tinggalkan aku sendiri. Aku dah nak gila mencari dia selama ni."


Terbayang muka keruh Khairil yang meminta diri tadi. Tak sangka kejadian yang menimpa Azira. Keluhan berat ku lepaskan. Dimana dia sekarang. Kenapa dia buat macam ni. Kenapa dia tak cari aku. Risau bila memikirkan Azira diluar sana entah apa yang sedang berlaku terhadap wanita itu. Tapi dimana aku nak cari dia.

Telefon yang minta di angkat mengingatkan aku pada Zara yang sedang menungguku. Pantas aku berlalu dari perkarangan masjid dan laju menekan minyak menuju ke apartment Zara yang cuma bersebelahan dengan masjid ini.

"Lambat!" Komen pertama yang sampai di telingaku bila melihat Zara sudah berdiri di luar sambil menundukkan kepalanya memandang tajam ke arahku. "Disebabkan U lambat. Biar I yang drive and dinner malam ni biar I yang tentukan." Senyuman sinis jelas terukir di wajahnya. Aku hanya mampu menurut kehendak Zara dan berlalu keluar dari tempat duduk pemandu. Sepantas itu juga Zara masuk menggantikan aku. "Cepat-cepat. Terhegeh-hegeh!" Sekali lagi suara Zara kedengaran bila melihatku yang sudah bercekak pinggang melihatnya.

Dengan penuh cekap Zara memandu dengan tenang membelah jalan raya yang kini lengang dengan pengguna jalan raya yang lain. Bila masing-masing mendiam kan diri, fikiran ku kembali semula pada Azira.

Di mana dia sekarang?

*****

"Say aaaaa" Zara di hadapanku sudah sedia dengan sudu yang penuh dengan kek coklat sedia untuk menyuapku. Mata yang sepet terasa membesar melihat kelakuan Zara. Yup Restoran yang dipilih Zara merupakan restoran yang dipenuhi dengan perlbagai jenis kek. Walaupun malam sudah pun mendekati pukul 10.30 malam, pengunjung di restoran itu tetap boleh dikira agak ramai.

"Zara!" Marah dengan tindakan Zara yang tiba-tiba rajin ingin menyuapku. Kalau Raihan tengok ni mahu benjol kepalaku dibuatnya. Tergelak Zara melihat wajahku yang berubah kelat. Dia sengaja mengusikku. Sudu yang tadi disua ke mulutku dimasukkan ke mulutnya. 

"Sedap tau. Sedap sangat-sangat!" Ujarnya kemudian dengan riak muka tak boleh blah. Matanya terpejam seolah-olah menikmati kesedapan kek yang baru dimakannya.

"Perempuan memang tak boleh dipisahkan dengan benda manis." Aku hanya tersenyum melihat perangainya yang sedikit kebudak-budakan. Ingatanku terhadap Azira bila melihat kek coklat di depan Zara.

"Memang saya buat untuk awak pun. Sedap kan?"

"Awak buat? Sedaplah kot. Sebab saya jenis tak makan manis, ni sampai suku saya habiskan. Memang sedap la tu." 

Wajahnya kelihatan sangat comel bila berpaling melihatku dengan senyuman yang melekat dibibirnya. Tapi hari itu jugalah hari terakhir kami bersama bila Khairil muncul untuk mengambil Azira semula. Permulaan untuk hari-hari seterusnya yang kosong.

"Betul ni taknak rasa?" Suara Zara mengejutkan aku. Zara dihadapan ku lihat sedikit comot dengan mulut yang berbaki krim di atas bibir . Mengundang tawaku.

"Zara. U ni makan macam budak-budak. Umur dah nak 30 tapi makan kek pun masih lagi comot." Geli hati melihat mata Zara yang terkebil-kebil. Tangannya laju mencapai tisu dan membersihkan mulutnya. Manakala tanganku mencapai sudu yang terletak elok di pinggan Zara. Menyudu sedikit kek yang tinggal separuh di dalam pinggan dan pantas menyuap ke dalam mulut. Wajah Zara yang masih lagi memasamkan muka ku perhatikan. Tapi dalam otakku laju berfikir akan rasa kek yang baru saja lepas dari kerongkong. Kek di dalam pinggan ku capai sekali lagi dan terus ku sumbat masuk kemulut. Berulang kali sehinggakan Zara menjerit kecil bila melihat kek di pinggannya habisku makan.

Laju aku berdiri melangkah ke kaunter.

"Saya nak jumpa dengan orang yang masak kek ni" Perempuan di hadapanku bergerak melihat arah kek yang aku tunjukkan.

"Kenapa encik, ada yang tak kena ke?" Soal perempuan itu teragak-agak.

"No, saya cuma nak jumpa orang yang buat kek ni. Sedap" Wajah perempuan itu berubah kepada riak lega. Risau juga kalau-kalau ada masalah yang timbul. Laju dia bergerak ke belakang dan menolak pintu.

"Azira, ada customer nak jumpa." Teriak perempuan itu. Azira. Betulkah orang yang sama? "Kejap ya encik." Ramah perempuan yang memakai name tag Aisyah menegurku. Sekejap itu juga mataku menangkap muka Azira yang kaku di depan pintu melihat ke arahku.

Satu kebetulan yang mendamaikan hati. Aku dah jumpa dia semula.

******


p/s bersambung


Wednesday 13 March 2013

Headache + Hungry

Assalamualaikum...

Meet again...

Hey...Know what.... Headache and hungry is a very good combination while working...

Dan aku rasa kepala aku bagai nak terpisah dari badan...
 





Sunday 10 March 2013

Cerpen : Perjanjian 5 Tahun



Rentak piano I can see clearly now memenuhi ruang tamu rumah. Lagu yang aku muat turun dari laman Youtube kesan akibat bacaan novel dari Hlovate, Shubert Serenade. Rentak ceria yang membuatkan hari lebih bersemangat. Semangat untuk mengemas dan membersihkan rumah hari sabtu macam ni. Dari bilik ke ruang tamu, kemudian ke ruang dapur. Selepas itu terus ke hadapan.

Setelah selesai menyiram pokok-pokok bunga ibu, aku mula membasuh kereta myvi ungu kesayanganku.
Ibu, Ayah, Along dan Angah hari ini tak ada kat rumah. Diorang balik kampung sebab ada kenduri minggu ni. Aku tak dapat nak ikut serta sebab yang kahwin tu bekas teman lelaki aku. Boleh pulak dia bertemu jodoh dengan sepupuku. Sepupu rapat pulak tu.

Okay, malas nak sambung cerita pasal itu. Lagu yang terpasang didalam rumah kedengaran sayup-sayup dari luar. Dan aku masih lagi bersemangat meneruskan kerjaku. Walaupun peluh sudah pun membanjiri badanku. Tapi sebenarnya basah disebabkan air sabun yang terkena baju.

"Kalau macam ni hari-hari tak perlu diet kau Afrina" Ketawa sendiri aku dengan ayat yang ku sebut. Siap memetik jari sambil tersenyum lebar. Syok sendiri.

Kepala ku alihkan ke luar pagar rumah.

Kaku. Kelibat lelaki yang berdiri sambil merenungku. Mati semua pergerakanku kala itu. Berbaju tee hitam, berseluar jeans lusuh dan berselipar Flipper berwarna merah hitam. Afrina dalam masa ni pun boleh juga kenal pasti jenama selipar yang dipakai lelaki itu. Mata beralih melihat muka lelaki itu pulak.

Matanya tajam melihatku, rambutnya yang serabut hampir nak mencecah ke bahu.

"Afrina, you are alone here sayang" Suara dalam kepala tiba-tiba menjerit mengejutkan aku. Kemudian melihat keadaan diriku, dengan baju putih yang separuh basah memperlihatkan tubuhku. Laju aku berlari masuk kedalam rumah. Segala bentuk kunci aku pastikan berkunci, dari kunci tombol pintu, kunci mangga dan jugak kunci selak. Bila melihat keluar, lelaki itu sudah tiada dan mataku menangkap kereta yang masih belum habis basuh ditinggalkan begitu sahaja. Berfikir untuk menyambung kerja yang belum selesai, akhirnya aku putuskan untuk tidak teruskan basuhan.

"Along... Adik takut la sorang-sorang kat sini." Bermula sudah waktu untuk bermanja-manja dengan Along. Along yang jauh dikampung pasti sedang enak menikmati buah buahan. Kebetulan ketika ini musim buah. Oh rindunya aku dikelilingi dengan buah-buahan tempatan. Lupa dekat nasi lagaknya. Sampaikan pening juga bila dah banyak sangat yang masuk ke mulut ni.

"La... Semalam ajak datang sekali tak mahu ikut." Ujar Along di kejauhan sana disusuli dengan gelak halus. Sumpah kalau aku bukan adik Along, pasti gila aku terpikat dekat Along. Hehe.

"Tak nak la adik, nanti tok paksa adik pergi kenduri Atiyah tu. Tak sanggup nak rosakkan majlis dorang nanti" Sekali lagi Along gelak mendengar ayatku.

"Yang tiba-tiba takut ni kenapa pulak? Bukan selalu berani ke?"

"Takutlah, entah dari mana tiba-tiba ja muncul lelaki berdiri depan pagar tadi. Tengok orang pun macam nak telan ja. Huwarghhh... Adik takut niiii" Jeritanku secara tiba-tiba menendang habis sunyi yang ada dirumah ni. Aku ketika ini sedang berbaring di atas karpet yang terbentang ditengah rumah.

"Adik biar betul, kalau macam tu, apakata adik kol la kawan minta teman tido rumah tu" Sedikit risau dari riak suara Along.

"Kalau boleh adik tak telefon dah Along tau. Masalahnya Naimah dengan Laila tak ada dekat sini. Diorang pun balik kampung jugak. Agaknya minggu ni memang minggu balik kampung kot."

"Hahaha, Agaknya la tu. Habis, adik cemana?"

"La.. Sebab tu la adik kol Along. Along baliklah sini. Teman adik kat sini" Muka ku sudah pun masam cuba meraih simpati Along. Tapi macamlah Along tengok muka masam ni. Along kan beratus-ratus kilometer dari sini. Sadis sungguh.

"Susah sangat adik tumpang la tido rumah Makcik Ida sebelah tu. Dia duduk sorang jugak kan. Macam tak biasa dengan Makcik Ida tu." Mendengar cadangan Along yang satu ini, terasa tiba-tiba ja rasa macam mentol menyala dekat kepala ni.

"Along memang terbaik la. Sayang Along mmmuuahhh" Along sudah pun ketawa terbahak-bahak disebelah sana. Laju juga aku matikan telefon bila melihat waktu sudah pun menginjak pukul 7 lebih. Aku kena cepat pergi jumpa Makcik Ida secepat yang mungkin sebelum matahari terbenam ataupun sebelum malam bertandang.

"Wah.. Duduk dengan Makcik Ida best gak. Makcik Ida masak sedap gila. Waahhh lapar..."  Dan gelak tawaku memenuhi ruang tamu.


*****

"Assalamualaikum...."Aku menjenguk dari luar rumah. Kaki sudah melangkah masuk manakala mata mencari kelibat Makcik Ida. Petang tadi aku sudah memberitahu Makcik Ida perihal aku ingin menumpang dirumahnya malam ini. Makcik Ida yang memang peramah itu tanpa tunggu sesaat terus menyetujui permintaanku itu. Dan sekarang ini aku sedang berdiri di ruang tengah rumah ini. Tapi kelibat Makcik Ida langsung tidak kelihatan.

'Di dapur kot'

Bila kaki mula melangkah, tak sempat mendarat aku jadi kaku. Kelibat lelaki yang pagi tadi berdiri dihadapan rumah baru sahaja turun dari tingkat dua rumah ni.What, apa dia buat dekat sini. Makcik Ida mana? Takkan Makcik Ida pun dia .........oh.. Aku tak sanggup nak teruskan ayatku. Cuak melihat lelaki itu yang turut berbalas pandang denganku.

"What do you want? What are you doing in my house?" Garau suara lelaki itu bertanya kepadaku.

Zappppp... Ni rumah dia? Ni jiran aku? Ni anak Makcik Ida? Tak pernah nampak pun?
Agaknya betullah minggu ni minggu balik kampung.

"Err.... Makcik Ida mana?" Soalku tersipu malu bila menyedari segala tekaanku silap 100%.

"Umi tengah mengaji. Kejap lagi turunlah tu. Awak nak apa?" Lelaki itu sudah pun turun dan menapak kearahku. Serba tak kena aku jadinya. Bila dia melepasi aku dan duduk di sofa serta menghidupkan tv, baru nafas lega ku lepaskan. Fuh..

'Macam mana ni, nak tumpang ke tak nak. Orang yang aku takut ada kat rumah ni rupanya. Ingatkan siapalah yang duk usha aku pagi tadi. Hurm... Nak bemalam sini ke tak ni..' Jari telunjukku sudah melekat di bibir. Mode automatik aku bila tengah berfikir.

"Afrina?" Terkejut aku mendengar nama ku dari mulut lelaki itu.

"Er, gitau Makcik Ida saya tak jadi nak bermalam. Ok, Bye, Assalamualaikum." Serentak itu juga kakiku melangkah keluar dari rumah Makcik Ida. Sepantas kilat kembali kerumah bila melihat suasana gelap diluar.

Reaksi lelaki itu? Aku tak sempat nak meneliti reaksi dari lelaki itu. Cuma mataku sempat menangkap selipar Flipper berwarna merah hitam yang dipakainya pagi tadi. Haishh..

Siaran di televisyen kini menyiarkan berita mengenai pembuangan bayi yang sekali lagi berlaku. Sangat menyentuh hati bila melihat keadaan mayat bayi yang terbiar didalam tong sampah. Ngeri. Manusia zaman sekarang ni lebih banyak bertopengkan haiwan. Sanggup membuat apa saja untuk lepaskan diri dari kesilapan yang dilakukan. Tanpa sedar mereka hanya menambah lagi beban dosa yang sedia ada.

Bunyi guruh yang tiba-tiba kedengaran mengalihkan perhatian ku keluar rumah. Gelap. Bintang pun langsung tidak kelihatan. Perlahan rintik hujan mulai kedengaran. Begitu juga dengan kilat yang seakan bersabung di langit. Keluhan Umi pula menarik mataku melihat Umi yang berdiri di tepi pintu melihat keluar.

"Umi ada apa?" Aku turut melangkah ke sisi Umi sambil menjenguk ke luar rumah. Angin pun tak kurang kuatnya melawan hujan dan guruh yang datang.

"Ni, anak jiran sebelah cakap nak datang bermalam dekat rumah. Tak sampai-sampai lagi ni risau Umi jadinya." Keluhan Umi keluar.

"Laaa.... Tadi dia dah datang, waktu Umi kat atas. Katanya tak jadi nak bermalam kat umah." Teringat akan jiran yang baru disedarinya pagi tadi ketika lalu dihadapan rumahnya dari membeli barang untuk Umi.

"Aik, katanya nak bermalam sebab takut ada laki duk tengok-tengok dia siang tadi. Tak boleh jadi, abang tolong Umi pergi panggil dia. Dah la sorang-sorang dekat rumah tu. Dengan banyak kes rogol, pecah rumah sana sini. Risau la Umi." Umi yang kini memegang lenganku ku perhatikan. Dalam otak ku berkerja keras mentafsir ayat yang Umi tuturkan.

'....Takut ada laki duk tengok-tengok dia siang tadi... Aku ke? Patutlah tadi tengok orang macam tengok hantu' Kepala ku gelengkan sedikit bila menyedari diri ini menjadi syak perogol mahupun pemecah rumah. Kalau diikutkan pagi tadi, aku pakai tee hitam dan seluar jeans lusuh dengan rambut yang tak terurus. Automatik sekali lagi kepala ku gelengkan.

"Yang kamu duk geleng-geleng kepala tu kenapa? "Umi yang menyedari kelakuan ku menarikku dari fikiranku.

"Hujan lebat ni Umi.. Sekali dengan abang terbang kena bawa angin tu haa.."

"Abang tak kesian ke?" Suara Umi dibuat sedayu yang mungkin. Erk. Ada ke ayat sedayu. Lantak p la pun.
Okay. Aku memang alergik dengan nada suara Umi ketika itu. Laju jugak aku bersetuju. Payung yang tergantung di tepi pintu ku capai dan laju menapak ke rumah sebelah.

Pagar tak berkunci? Hairan melihat pagar yang tak berkunci. Laju juga kaki ku melangkah masuk ke laman rumah Afrina. Terasa sedikit bahang melihat kecuaian Afrina. Butang loceng rumah aku tekan dua kali. Dalam dua minit tiada riak atau sebarang tanda yang tuan punya rumah ini membuka pintu. Kali ni aku tekan loceng agak lama.

"Siapa?" Suara disebelah kedengaran. Pintu masih lagi belum terbuka. Tapi ada yang lain di suaranya.

"Jiran sebelah."Aku hanya menjawab soalan Afrina. Nasib baik kali ni dia bertanya dahulu sebelum membuka pintu rumah. Kalau tidak mahu ada yang kena sembur. Kedengaran kunci dari sebelah dalam dibuka satu persatu. Kemudian pintu dibuka. Kelihatan Afrina berdiri dengan kedua mata yang merah.

"Awak ada apa?" Kedengaran serak suaranya. Melihat Afrina yang sedikit comot dihadapan, tahulah aku yang perempuan ini sedang menangis. Tapi kenapa?

"Umi panggil. Suruh tido kat rumah. Risau dengan.... "

"Kejap"  Belum pun habis ayat yang aku tuturkan, perempuan dihadapan ku laju menutup pintu. Terkejut dengan tingkah lakunya yang tiba-tiba.Orait.. Sabar.

"Okay jom" Afrina yang memakai sweater berwarna hijau lumut dengan seluar trek yang juga berwarna hijau muncul disebalik pintu. Bunyi guruh yang kuat tiba-tiba kedengaran.

"Arghhh..."

Bukkk...

"What are you doing?" Perlahan suaraku bertanya akan jiranku yang sedang memelukku ketat dengan badan yang sedikit bergetar. Bunyi gugusan kunci yang jatuh langsung tidak kedengaran bila guruh dilangit menjerit.

Jantung rasa bagai nak terhenti bila Afrina yang terkejut mendengar guruh laju memelukku. Mukanya disembunyikan didadaku.Oh.. Aku tak pernah serapat ini dengan mana-mana perempuan kecuali dengan Umi. Bila mendengar soalan yang tiba-tiba ku suarakan. Laju juga dia melepaskan aku. Tangannya pula menepis airmata yang jatuh. Sunyi menguasai kami.

Kunci yang tersadai di lantai ku ambil dan ku berikan kepadanya. Cepat saja dia mengunci rumah walaupun jelas tangannya masih bergetar. Malah ketika berlalu pulang kerumah, hujung bajuku tak lepas dari pegangannya. Berlari-lari anak kami disebabkan hujan yang agak lebat tika itu. Juga takut kalau-kalau guruh menjerit lagi. Entah apa pulak yang dibuat Afrina nanti. Sudahlah tadi rasa macam kena serangan jantung saja.

"Assalamualaikum.. " Aku memberi salam pada Umi yang sedang menunggu kami di dalam rumah. Laju aku menapak ke bilik. Kulit aku sedikit sensitif dengan air hujan. Kena sikit cepat saja demam. Umi dengan Afrina entah apa yang diorang buat.

Senyuman terukir bila kejadian yang tak sampai seminit itu terlintas difikiran. Masih terasa lagi tubuh perempuan itu mendakapku erat. Astagfirullahalazim...

*****

Suara gelak ketawa dari bawah menggamitku untuk turut serta dalam perbualan Umi dan Afrina. Walaupun sedikit kekok dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Tapi aku tebalkan saja muka. Lagipun kalau diikutkan aku ni mangsa.

"Haa.. Abang.. Marilah duduk sini." Panggil Umi menguatkan lagi gerak hati untuk turut serta. Kalau Afrina duduk disebelah kanan, aku pula duduk disebelah kiri ibu.

"Dari atas dengar gelak sakan, ngumpat abang ya Umi?" Aku cuba beriak selamba bila melihat Afrina yang sedang tersenyum lebar melihatku dan Umi.

"Aah duk cerita perangai abang masa kecik-kecik dulu." Tambah Umi sambil tertawa senang hati. Manakala Afrina sudah pun menayangkan barisan giginya yang putih elok terletak. Manis.

"Adess.. Umi cerita la benda lain ke.. Cerita pasal piano tu ke? Cerita pasal drama indonesia yang Umi suka tengok tu ke?" Aku buat-buat tepuk dahi turut berlakon. Huhu, naya. Umi memang begitu. Habis semua kawannya yang datang ke rumah tahu cerita nakalnya masa kecik. Apalah nasib. Tapi aku tak ambil kisah pun. Umi hanya ada aku seorang yang boleh buat dia gelak ketawa. Itu lebih dari cukup.

"Ada piano ke dalam rumah ni?" Soal Afrina dengan mata yang bersinar-sinar.  Matanya melilau ke sekeliling rumah dan akhirnya berhenti di hujung kiri rumah. Bersebelahan dengan tingkap.

"Ada. Kat belakang tu. Dah berkurun tak berlagu." Ujar Umi perlahan. Afrina memandangku pelik. Sekejap-sekejap dia memandangku dan Umi.

"Kenapa?"

"Tak ada apa lah. Umi nak abang mainkan lagu untuk Umi ke? Jomm.." Melihat riak Umi yang mendung tiba-tiba laju aku menapak ke belakang. Kain yang menjadi alas menutup piano di tarik. Terasa habuk dari alas yang menutup piano tadi berterbangan di udara. Ibu dan Afrina hanya membuntuti dari belakang. Aku lihat riak wajah Umi yang sedikit ceria walaupun sedikit tertanya. Mungkin pelik dengan kelakuanku. 5 tahun, selepas pemergian Luthfyah bunyi piano ini turut terkubur bersama dengan empunya piano ini. Adik kembar yang aku sayangi yang pergi akibat kemalangan jalan raya.

Ting.... Bunyi key yang ditekan kedengaran mengisi segenap ruang rumah. Sungguh. Lama tak bermain piano ini. Selepas ketiadaan Luthfyah, dia tidak betah untuk duduk bersendiri menghadap key hitam putih itu. Selalu berteman membuatkan dia kekok bila duduk sendiri. Lalu piano berwarna putih itu dibiarkan senyap.

Aku cuba memainkan lagu Pachelbel Canon in D yang pernah menjadi kegemaran kami berdua. Riak wajah Luthfyah yang tersenyum melihatku ditepinya sambil menekan key-key mengikut rentak lagu yang telah dihafalnya. Bila sampai bahagian rancak bibirnya sudah pun tersenyum sampai ke telinga. Kadang-kadang sampai menutup mata menghayati lagu yang mereka mainkan. Sungguh. Rindu akan adik yang satu itu masih tebal.

"Waw... Bestnya" Tepukan dari Afrina mengejutkan aku. Umi pula hanya tersenyum melihatku. Matanya sudah pun berkaca. Hurm, Salah satu sebab aku tidak mahu sentuh piano ini kalau lagu yang dimainkan menjadi penyebab turunnya airmata Umi.

"Umi nak ke tandas kejap" Afrina yang tidak menyedari apa-apa hanya memberikan senyuman pada Umi sebelum Umi berlalu.

"Yang tadi tu macam pernah dengar. Canon erk?" Soal Afrina yang sudah pun duduk di tepiku. Gerak geri lakunya hanya kuperhatikan. Begitu teruja tanpa selindung langsung.

"Yup" Jawabku sambil jari kembali menari.

"Hey.. Lagu ni.." Soraknya sambil tersenyum girang. Seronok bila lagu yang hanya didengarnya dari youtube pagi ini dimainkan olehku.

"Since awak dah tahu nama saya, awak?" Soalnya sambil matanya tekun melihat jariku.

"Umi tak bagitahu ke?"

"Tak.. So, what should i call you instead abang?"

"Luthfy"

Diam. Afrina hanya melihat tingkah laku ku. Senyuman langsung tak lekang dari bibirnya. Sesekali dia mengalih pandang kearahku.

"Your Age?"

"20"

"Studying or working?"

"Studying"

"Available or not?"

"Single but not available.."

"You stole my first hug for my wife?"

Riak muka Afrina tiba-tiba kaku. Perlahan dia melihatku yang sudah pun berhenti bermain piano. Jelas pipinya berubah warna. Comel.

"What would you want in return?" Soal Afrina teragak-agak.

"Be prepare in 5 years ahead, I will propose you" Suaraku yang halus tajam menusuk telinga Afrina.
Laju juga dia berdiri dan meninggalkan aku sendiri. Jelas wajahnya cuak. Senyuman yang dari tadi ditahan akhirnya terukir.

"Its a deal." Langkah  kaki Afrina terhenti bila mendengar ayatku yang terakhir. Kemudian laju dia mencari kelibat Umi.



*****

Dan kini sudah lebih 5 tahun. Peristiwa malam itu masih jelas di ingatanku. Dan atas peristiwa itulah aku menjarakkan diri dengan mana-mana lelaki yang cuba mendekati ku. Sedikit sebanyak aku cuba merubah diri untuk jadi muslimah yang lebih baik. Kalau dulu dapur yang jarang aku masuk, kini menjadi tempat lepakku. Kira dah terer kalau nak buat masak lemak, masak gulai, masak sambal tumis. Kalau dulu aku tak sempurna dalam menutup aurat. Kini alhamdulillah, seru untuk menutup aurat sudah pun 2 tahun berlalu. Kalau dulu novel yang menjadi bahan bacaanku, kini ku gantikan dengan cuba menghabiskan satu juzuk untuk seminggu.


"Adik. What is your reason this time?" Ayah sudah mula menyoal siasatku. Kali ini sudah 5 kali orang merisik yang aku tolak terang-terangan.

'I am waiting for him!' jeritku dalam hati. Muka ayah yang sedikit mencuka ku perhatikan. Ibu, Along dan Angah turut merenungku tajam.

"Adik tak ready lagilah ayah."

"Bila lagi adik nak ready.. Umur dah 25 nak masuk 26 dah. Along kamu tu dah nak dapat anak ke 3 dah." Giliran Ibu pula bersuara.

"Eh Ibu, baru yang pertama la." Ujar Along. Isteri Along ada kat atas rumah tengah susukan baby nazmi. Ketawa aku mendengar leteran ibu.

"Itu perumpamaan supaya adik kamu ni sedar yang dia dah layak jadi ibu."Tambah Ibu lagi.

"Adik dah ada calon ya?" Usik Angah pula. Rambutku yang terbiar terurai dimain dengan jarinya. Sekali lagi semua pasang mata melihat kearahku. Aku cuba kawal malu yang bertandang. Tidak mahu kantoi dengan perjanjian 5 tahun yang lalu.

"Angah. You always by my side rite?. Can you see any BF i have?"

"Lepas ni kalau ada yang masuk merisik, ayah terus setuju tak tanya kat adik dah. Langsung nikah tak perlu nak tunang-tunang. So adik prepare."

Dushhh.. Suara Ayah yang bergema diruang tamu walaupun dilontarkan dengan nada lembut. Tapi jelas nampak muka ayah yang serius. Hurm. Kali ini aku tak tahu nak balas apa lagi kat Ayah.



*****

Sekarang rutin harian sedikit berubah. Kalau dulu aku duduk di rumah masih dibawah ketiak ibu dan ayah, kini aku duduk menyewa bersama Naimah dan Laila di KL. Kerja sebagai seorang lecture di Multimedia College menuntutku untuk duduk jauh dari keluarga dan hanya pulang ke rumah bila hujung minggu tiba.

Itu pun kelulusan untuk berkerja jauh dari family dipersetujui disebabkan Angah juga sekarang sedang berkerja sebagai senior akauntan di KL. Ada juga yang boleh tengok-tengokkan aku dekat sana. Kalau tidak, jangan harap Along nak bagi. Pelikkan, Ibu dan Ayah bagi saja aku kerja jauh pun, tapi Along pula yang tak setuju. Thats my Along for me. ^_^

Minggu ni aku duduk santai dirumah. Cuti kecemasan yang diambil bila mendengar berita Ibu jatuh dalam tandas. Ya ampun, sungguh terkejut aku kala dengar berita yang disampaikan Angah tadi. Dia pun turut mengambil cuti kecemasan. Badan terasa bagai diawang-awangan selesai saja Angah bercakap. Dia yang tiba-tiba muncul di kolej hampir mencuri semua udara yang ada disitu.

Alhamdulillah, Ibu tak apa-apa. Cuma lutut Ibu yang sakit. Lemah berdiri lama sangat. Tapi hampir basah juga baju ibu ketika aku sampai dan melawat Ibu di hospital. Risau.

Melalui balkoni di tingkat dua, aku memerhati rumah Makcik Ida. Sejak setahun lalu, rumah Makcik Ida seakan-akan kosong. Setiap hari minggu pasti rumah itu kosong. Sesekali itu, ada juga aku jalan-jalan di hadapan rumah Makcik Ida. Tapi hampa bila rumah itu tertutup.

Ting.. Bunyi itu. Laju mataku melihat rumah Makcik Ida. Aku terasa seperti mendengar bunyi piano dari rumah Makcik Ida. Sekali lagi bunyi itu kedengaran. Kali ini memainkan rentak yang pernah ku dengar 5 tahun yang lalu.

"He's there" Laju juga aku turun ke bawah. Along yang ketika itu sedang bermain dengan baby Nazmi terkejut bila aku hampir saja melanggarnya.

"Hey sis. Watch where are you going!" Kelihatan cuak muka Along. Takut baby Nazmi terjatuh dari dakapannya. Aku hanya menuturkan sori sambil membuat gaya tunduk sambil kedua tangan ku rapatkan dan turut terhayun tanda memohon maaf seperti yang selalu dilakukan oleh orang cina dalam upacara sembahyang mereka.

Pintu yang terbuka aku masuk tanpa memberi salam. Takut akan menganggu konsentrasi pemainnya. Telingaku asyik mendengar rentak yang dimainkan Luthfy. Tapi rentak yang dimainkan kali ini berbeza. Terasa sedih.

Rumah ini masih sama. Aku mencari kelibat Makcik Ida. Tapi tidak kelihatan. Manakala mataku menangkap kelibat Luthfy disebalik piano putih itu. Berbeza dengan Luthfy yang aku kenal 5 tahun yang lalu. Rambutnya sudah tidak terurus dan pendek tak macam dulu panjang nak mencecah ke bahu. Matanya yang dulu tajam kini kelihatan redup. Cahaya dari matanya kelihatan malap.

"Assalamualaikum.." Serentak mata itu menatap wajahku. Tiada suara yang kedengaran dari bibir lelaki itu walaupun dapat ku kesan bibirnya bergerak menjawab salamku. Rentak lagu yang dimainkan juga telah pun terhenti.

"Hey.. kenapa berhenti. Teruskan.. " Ujarku perlahan sambil mengorak langkah mendekatinya. Mataku menangkap dia yang sedang duduk di atas kerusi roda. Kerusi yang sedikit kebelakang ku tarik agar dapat duduk bersebelahan dengannya.

"And what is your request?" Suara garau itu kedengaran lembut ditelingaku.

"I can see you clearly now" Dan rentak piano mula kedengaran. Tapi kenapa airmata ni terasa ingin keluar dari kelopak. Lagu itu tak seceria malam 5 tahun yang lalu.

"How are you?"

"Never been better"

"Where are you gone?"

"Still here. Not going anywhere."

"You stole my first hug for my husband?"

"And what would you want in return?"

"Marry me."

"Perhaps you deserves someone better." Dan kereta roda itu menjauh dariku. Pandangannya ditala keluar rumah melalui tingkap di belakang kami.

"Sebab itulah awak jauhkan diri dari saya? Saya tunggu awak. Saya tak kisah awak macam mana pun saya dah set dalam hati yang hanya awak saja yang berhak untuk mendapat tempat dihati saya." Air mata yang tadi tertahan kini mengalir laju menuruni pipiku.

"Its a deal rite?" Soalku sambil melihat Luthfy. Perlahan dia mengalih pandang ke arahku. Matanya turut berkaca. "Hey.. Its okay.. I'm here for you. Be with me come hell or high water.." Senyuman kuberikan kepadanya. Walaupun airmata kala itu tetap mengalir.

"Awak hanya akan dapat derita bila bersama dengan saya." Suara lelaki itu masih lagi cuba menolakku jauh. Tidak, aku tak mahu jauh dari lelaki itu walau seminit pun.

"Its my choice. And I choose to be with you. You stole my heart 5 years ago." Aku masih lagi berusaha agar Luthfy merubah fikiran yang ingin meninggalkan aku jauh.

"Saya tak mampu untuk bahagiakan awak"

"Why are you being so negative? You can't see future can you? So do I. But I believe with Allah's plan. And Allah's plan is the greatest. What we must do is keep moving on. And, how can I be so cruel to left you because you are not capable? Happiness can be found in a variety of ways Mr Luthfy. I just want to be with you. Please, I beg you." Luthfy hanya melihatku kosong.

"You letting me go because you love me so much. Are'nt you?" Mataku menangkap perubahan diwajah lelaki itu bila mendengar pertanyaanku. "So do I, I cant let you go. No matter what."


*****


"Apa yang serius sangat ni?" Soal Makcik Ida tiba-tiba. Segera airmata yang berbaki ku sapu. Tangan Makcik Ida ku salam. Dulang yang berisi 3 cawan teh diletakkan ke atas meja di ruang tamu. Aku hanya membuntuti Makcik Ida. Dalam otak cuma terfikir bagaimana nak melamar anak terunanya yang seorang itu.

"Lama tak nmpak Afrina. Makin cantik sekarang ni" Pujian dari Makcik Ida ku biarkan. Mataku menangkap Luthfy yang sedang jalan sambil bertongkat. Bulat terus mataku jadinya.

"Liar!" Akibat geram sangat dengan Luthfy, kaki yang berbalut simen ku tendang sekuat hati. Akibatnya jatuh terbaring lelaki itu. Nasib baik jatuh mendarat ke sofa.

"Auchh.. That's hurt!" Menyeringai jadinya lelaki itu akibat tindakan ku yang tiba-tiba. Makcik Ida pula terus melatah melihat anak kesayangannya yang sedang kesakitan itu. Okay tindakan luar kawal yang tiba-tiba terjadi. Mati-mati aku ingat dia lumpuh. Tapi alih-alih boleh pulak berjalan walaupun dengan pertolongan tongkat sisi.

"How could you do this to me?" Makcik Ida yang duduk di antara kami cuba menahanku dari terus mencederakan anaknya.

"Do what. You yang jump to conclusion. Awak nak saya betul-betul lumpuh ke?" Bulat juga mata lelaki itu membalasku. Pasti sakit yang amat bila lelaki itu sudah hilang kesabaran. Tangannya dari tadi menekan kaki kanan yang ku tendang tadi.

"You are just too much. Saya tak kesah dan tak mahu ambil tahu pasal hidup awak mulai dari sekarang. Full stop!" Sumpah, aku benci dengan penipu. Air mata yang menitis ku seka laju. Melihat muka Luthfy hanya mengundang sakit hati. Laju kakiku menapak keluar. Panggilan dari Makcik Ida ku biarkan tidak bersahut.

"Abang!"

*****

"Adik!" Muka Along yang penuh dengan riak persoalan tidak ku pandang. Terkejut dengan kepulangan adiknya yang basah dengan airmata. Disusuli dengan salam dari luar. Dari luar dia menangkap muka Makcik Ida dengan seorang lelaki yang sedang berbalut.

"Eh Makcik Ida, masuklah." Salam di hulurkan kepada lelaki yang sedang bertongkat.

"Ni anak Makcik, Luthfy" Makcik Ida yang memahami riak persoalan dimuka Along laju memperkenalkan anaknya.

"Tak pernah tengok pun?"

"Saya jarang balik rumah, balik pun sehari semalam." Jawab Luthfy bersama dengan senyuman.

"Sibuk sangat sampai Umi yang kena pergi rumah dia baru boleh tengok muka" Ngomel Umi sambil menjeling Luthfy tajam."Ibu dan Ayah ada?" Sambung Umi lagi. Along hanya mengangguk dan berlalu memanggil Ibu dan Ayah.

"Kak Ida, lamanya tak nampak kak Ida, rumah tu asyik tutup ja saya tengok. Tertanya-tanya juga kemana hilang kak Ida." Ramah Ibu menyapa Makcik Ida. Manakala Ayah pula bersalaman dengan Luthfy. "Anak ye?" Soal Ibu bila melihat Luthfy duduk diam di tepi Umi. Segak. Boleh buat menantu ni. Senyum Ibu melihat Luthfy.

"Ni sampai berbalut ni kenapa?" Soal Ayah melihat kaki Luthfy yang terlunjur kedepan.

"Kemalangan Motor. Langgar lari. Nasib tak teruk sangat" Suara Umi menjawab. Belum pun aku buka mulut laju Umi membalas.

"Lama dah ke?" Tanya Ibu pula. Melihat Umi dan Luthfy yang sedang memerhatiku yang menatang dulang ke ruang tamu.

"Dah 2 minggu, Semalam baru keluar dari wad." Terang Makcik Ida ku dengar dengan teliti.

'Merahnya mata, hidung dan pipi dia' mata Luthfy merenung tajam muka dihadapannya kini. Afrina yang cuba bermain dengan baby Nazmi dalam riba Along. Comel. Sekilas itu juga jelingan tajam diberikan padaku.

"Ayah, anak Ayah ajak saya kahwin dengan dia." Bulat mata Afrina melihatku.

Terdiam kami semua. Ayah dan Ibu memandang kami berdua silih berganti. Along yang terkejut terdiam dan kemudian ketawa mendengar kenyataan dari lelaki itu.

"Mana Ayah awak!" Suara yang kasar ku berikan padanya.

"In few months ahead, Ayah to be." Jawab Luthfy tanpa malu. Mata ku juling keatas.

"Siapa nak kahwin dengan awak?"

"Afrina Balqis Binti Iskandar." Nama penuh yang keluar dari bibir lelaki itu menutup mulutku. Baru ku sedar Ibu, Ayah, Along dan Makcik Ida ada bersama kami. Tersenyum-senyum mereka memandang kami berdua. Kemudian mataku larikan melihat Luthfy yang menayang muka bersahaja. Tak tahu malu langsung!.

"Oh.. Ni yang sampai 5 keluarga datang merisik semua ditolak mentah-mentah." Usik Ayah akhirnya pecah dengan gelak Ibu dan Along. Makcik Ida hanya tersenyum manis.

"You love me that much huh?" Soalan Luthfy ku jawab dengan membaling bantal kecil tepat kemukanya.

Padan muka!. Dan kali ini aku dengan muka tidak bersalah bila Ayah dan Ibu mengeleng kepala melihat perangaiku.

Perjanjian 5 tahun yang lalu akhirnya termetrai bila akhirnya Luthfy melamarku didepan Ayah, Ibu, Along, Makcik Ida dan tidak kurang baby Nazmi. Dengan kaki yang masih berbalut, dia melutut menghulurkan kotak baldu yang berisi cincin permata berwarna hijau lumut kepadaku. Tergamam dengan lamaran dari Luthfy. Aku melihat Ayah, Ibu, Along dan Makcik Ida yang masing-masing tersenyum dan menyuruhku mengambil cincin dihadapanku. Bila kembali melihat Luthfy dihadapanku yang tersenyum kacak tetapi berubah riak secara tiba-tiba.

"Kaki abang dah berdenyut ni sayang. Cepatlah" Suara garau yang sedang menahan sakit menyebabkan aku cepat-cepat mengambil cincin sekali dengan kotak baldu itu. Manakala Luthfy sudah pun terduduk melunjurkan kakinya. Habis hilang macho yang lelaki itu pamerkan tadi. Aku ketawa geli hati melihat muka herot Luthfy.


-End-