Wednesday 23 January 2013

assalamualaikum awak.. part 2




jam di dinding menunjukkan pukul 2.. sesudah membuat dua gelas air milo langkah kaki ku tuju ke beranda di luar rumah.. disitu sarah hanya diam duduk memandang ke dalam kegelapan malam.. mukanya kelihatan pucat bersama matanya yang merah akibat dari tangisannya..

ketika itu aku baru sudah mendirikan solat malam dan ingin ke dapur untuk mengambil segelas air kerana tekak ku yang dahaga. kebetulan masa keluar dari bilik, sarah sudah berada di depanku. dirinya kelihatan begitu serabut.. dengan rambut yang kusut. jelas kelihatan airmatanya laju mengalir.

"awak nak air tak?"soalku memecahkan kesunyian.. sarah yang melarikan pandangannya dariku hanya mengangguk lemah. "tunggu saya kat beranda rumah kejap.."sambungku lagi. lama respon dari sarah, dan bila sekali lagi dia mengangggukkan kepala, aku terus berlalu ke dapur.

"nah, untuk awak" sapaanku dibiarkan sepi.. sarah masih hilang dalam dunianya sendiri. kehadiran ku langsung tidak di hiraukan ataupun mungkin tidak disedarinya. rasa dingin malam yang menyapa muka memberikan damai di hati.. aku turut diam menikmati keindahan alam.

"ibu dah buang sarah dari hidupnya"ada getar suara sarah bersama serak akibat tangisan tadi. laju aku berpaling melihat sarah yang masih memandang ke hadapan. tangisannya kembali mengalir.
"ibu tak dapat terima sarah ni anak haram ayah dan kekasihnya" sambungnya sekali lagi sambil tersenyum melihat ku. tapi sekejap itu juga tangisannya semakin berlagu. sambil duduk memeluk lutut kepalanya disembamkan ke lutut.. "ibu dah halau sarah. dia tak mahu tengok muka sarah lagi"

terkedu mendengar luahan hati sarah.. aku hanya dapat melihat dia terus terusan mengalirkan airmatanya. suara tangisnya yang perlahan disambut dengan deruan angin meniup kencang.

"Allah tidak akan menguji umatnya diluar kemampuannya. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya." ujarku perlahan. sarah hanya diam tanpa membalasku.

"la tahzan.. innallah ha ma'ana.. jangan bersedih, Allah bersamamu." ungkapan ku yang satu ini menarik perhatiannya memandangku.. dalam matanya yang berkaca.. senyuman terukir di bibirnya perlahan..

kesian sungguh melihat keadaan sarah ketika itu.. mahu saja aku memeluknya.. memberikan dia kekuatan.. menenteramkan hatinya yang remuk.. namun semua itu takkan mungkin dapat aku lakukan.

ingatan pada arwah nurin kembali menerjah ruang ingatan.. masih jelas diruang mataku melihat nurin menahan kesakitan akibat kemalangan kereta yang dipandunya. suara nurin yang menahan kesakitan dan kadang-kadang tersekat sekat tetap jua diterukannya perlahan..

"abang, ampunkan segala salah silap nurin, halalkan semuanya ya abang.."
"jangan salahkan diri abang atas apa yang terjadi, semua salah nurin."
"nurin ingin menjadi yang teristimewa di hati abang. nurin cintakan abang selamanya.."

 Nurin dah pergi untuk selamanya. tapi tetap hingga kini teristimewa di hatiku. ya.. istimewa di hati ini.. senyuman yang diberikannya terakhir untukku membuatkan ku turut tersenyum..


'abang rindu Nurin sangat-sangat. semoga Allah tempatkan nurin dikalangan orang-orang yang beriman' gumamku di hati.. 


dummm!

lamunan ku terhenti bila melihat sarah yang telah pun dibuai lena.. jatuh terbaring di lantai beranda. seminit.. dua minit..tiga minit.. aku menunggu kalau-kalau dia tersedar selepas terhantuk lantai beranda.. namun dia tetap kaku sambil matanya tertutup. perlahan aku memanggil namanya... diam.. tiada juga sahutan kedengaran. perempuan ini sudah pun hanyut dalam mimpi-mimpinya.. mungkin terlalu mengantuk sampaikan tidak sedar aku memanggilnya. rambutnya yang menutupi separuh wajahnya ku alihkan ketepi.. wajah sarah yang cerah dengan kesan lebam di matanya. manakala hidungnya sedikit merah..tapi wajah itu sudah tidak setegang tadi.. mungkin lega dapat menyuarakan masalah yang dipendamnya itu.  sambil menongkat kepala dengan lutut.. aku hanya melihat dia..

'aduh.. napa jantung ni berdegup laju'

**********

"cuti kamu sampai bila along. ibu rasa lama sangat dah kamu kat rumah ni" ibu melihatku yang baru sampai di rumah. duduk di kerusi beranda sambil memerhatikan adira dan sarah sedang mengait buah rambutan. jelas suara adira lebih kedengaran berbanding perempuan itu.

"along baru 4 hari kat rumah ibu.. cuti along kan seminggu ibu.." balasku perlahan.. mata ku larikan melihat sarah yang sedang memegang pengait buah. melayan saja perangai adira yang menyuruhnya membuat itu ini.

"baik budaknya sarah tu along"suara ibu tiba-tiba.. air milo yang masuk ke tekak ku tiba2 terkeluar semula.. terbatuk aku jadinya.. tumpuan sarah dan adira beralih kepadaku.. apabila berpandangan dengan sarah makin menjadi batuk ni.. alahai.. terkejut tiba-tiba ibu berkata tentang sarah tadi..

"along....ha.. sampai pun... along pergi mana tadi... adik baru nak minta tolong kaitkan buah rambutan ni kejap along dah hilang.. sian dekat kak sarah ni ha.. merah dah tangan dia." ucap adira dengan suara yang lantang.. laju dia menuju ke arah kami. sarah ku perhatikan hanya tersenyum melihatku.

"along pula yang kena. " aku menjongket kening ke arah ibu.. melihat ke arah adira dan juga sarah yang mula melangkah mendekati kami.

"adik, along penat tu kan.. dah.. cukup la tu buah rambutan nak kait satu pokok nanti siapa yang nak habiskan.. kamu tu makan dua tiga biji dah berhenti. tau-tau buruk ja buah tu kamu biarkan."bebel ibu pula.. aku beralih ke tanah melihat buah-buah rambutan yang berada di atas tanah. banyak juga.. muka adira sudah mula berubah.. senyuman nakal terukir dibibirnya.

"sarah suka buah rambutan" senyuman di wajah ceria sarah kelihatan. adira yang berdiri ditepi laju memeluk tubuh sarah. gembira bila ada yang menyebelahi dia.



*********

henset ditangan di hidupkan.. sudah 5 hari henset itu dibiarkan tertutup dalam beg tangan.. terbuka hati ku untuk mengaktifkannya kembali.

103 panggilan tidak terjawab dari teman ku.. aku mencari kalau-kalau ibu ku ada menelefonku.. tapi  sayang, nombor telefonnya langsung tidak tertera disitu. begitu juga dengan ayah. langsung tidak mencariku. mereka memang benar-benar membuangku. sayu hati jadinya.

"assalamualaikum, sarah.. where are you..i was so worried.. i've been searching you for five days.. call me back when you read this."mesej terbaru dari zarina..
"sarah.. aku dah apply cuti untuk kau seminggu ni.. bos dah bising cari kau tau tak..btw.. i miss you.." lagi mesej dari zarina.
"assalamualaikum sarah, mak pah telefon tadi.. dia tanya kau ada dengan aku ke tak.. dia risau kan kau.. ada masalah datang la jumpa aku.. aku kan kawan baik kau.. aku tunggu.."

yup.. hanya zarina lah seorang sahabatku yang aku ada. belum sempat fikiran ku melayang kepada zarina lagu winter sonata kedengaran dari henset. tertera nama zarina disitu. pantas sungguh dia ni..lama ku biarkan panggilan itu..

"Nurul Sarah Binti Mohammad Kazim.. " aku menjauhkan telingaku apa bila mendengar suara lantang dari zarina. walaupun dia jauh disana, terasa zarina berada ditepiku sedang tajam memandangku.. ups...

"sarah, kau dekat mana ni ha? napa lama sangat baru on henset tu? are u ok? aku risau kalau-kalau kau kena culik ke.. bunuh diri ke? kena rogol then bunuh ke.. pastu kena campak kat laut mana-mana.. tak pun kena baham dengan harimau kat dalam hutan tu... "andaian zarina betul-betul menggelikan hatiku.. sampai hati dia fikir sampai macam tu sekali.

"ina chup.. chup... aku ok la.. sihat ja ni.. alhamdulillah.."tingkahku smbil ketawa kecil.. namun yang kedengaran dihujung sana esak tangisan dari zarina.
"boleh gelak pulak dia... kita kat sini dah separuh mati mencari dia ntah hidup ka tidak.. you should see me first as im ur bff.. best friend forever.. sampai hati kau.. "

"okay.. its my fault.. sorry okay... now.. aku dapat bayangkan muka kau yang huduh tengah menangis sekarang ni.. hahaha" wajah zarina yang masam mencuka muncul di ingatanku.. dia juga turut tertawa mendengar usikan ku itu. lama dia terdiam cuba menenangkan dirinya barangkali.

"sarah, ko dah okay ke? dengar macam dah okay ja.. tapi aku tahu kau ni dengar aja bukan boleh percaya sangat.." suara zarina kembali normal..

"okay ni haa...." suara ku tekan kan sedikit.cuba meyakin kan zarina di sebelah sana.

"kau dekat mana ni? "

"aku kat rumah kawan ni.."

"aipppp... kawan mana yang dah overtake my place tu.. mari aku nak ganyang muka dia.. you should find me.. aku kecewa ni. "

"kawan.. haha.. mana ada dia overtake tempat kau.. tetap kau lah no 1 as my bff."

"kawan mana satu ni.. aku kenal ke tak? sejak bila kau ada kawan lain ni.. bukan aku sorang ke kawan kau?"

"adalah baru 4 hari kenal.."

"u what? baru 4 hari kenal? and you already stay in her house.? wait a minute.. is it she or he?"

"he.." jawabku perlahan.. sekali lagi nama penuhku disebut lantang oleh zarina.. pasti memarahi tindakan ku yang satu ni..."he's a nice guy ina.. im staying with his mother and sister.. dont worry.."tambah ku lagi..

"for how long my dearest nurul sarah ..? either you going back or im going there and bring you back.. "

*********

[akan bersambung] sila abaikan titik2 yang banyak itu n kesilapan2 ejaan or grammer dan sebagainya.. haha


ps/-
salam Maulud Nabi untuk semua iaitu pada hari 24hb01.2013 hari khamis..
selawat serta salam ke atas junjungan besar kita.. Nabi Muhammad Saw.
semoga kita semua dapat berjumpa dengan nabi kesayangan kita di sana kelak..
amin ya rabbal alamin..

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran seerahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran…

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya..

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya Engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah,
Kami umatmu..
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
&
Kami cuba mengamalkan sunnahmu

Kami sanjung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah&Rasul sebagai pembela
[Hijjaz-Rasulullah]

No comments:

Post a Comment